Category Archives: Review

F.C Barcelona Hebat!

lifting the trophy

Tiada apa yang boleh aku katakan selain ucapan tahniah kepada kelab Catalunia dan para penyokongnya.

2 gol hebat dari Eto’o dan Messi sememangnya membuktikan bahawa pasukan Barcelona lebih handal dari Man U walaupun kedua-dua kelab kelihatan seimbang. Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Penentuan Juara Segala Juara Kelab Eropah 2009

Apakah percaturan yang akan dibuat oleh kedua-dua pengurus bagi 2 kelab gergasi Eropah? Apakah taktik dan strategi yang akan digunakan oleh mereka? Open game atau bertahan? Perlawanan akan menjadi tidak menarik jika salah satu kelab menggunapakai taktik bertahan.

Siapakah pula keselebelasan utama yang akan diturunkan?

Adakah komitmen yang akan diberikan oleh C Ronaldo berkurangan selepas bebas dari kelab terkaya dunia itu? Apakah yang dituntut oleh pengurus kelab itu dari beliau untuk perlawanan kompetitif terakhirnya?

Adakah Henry dan Iniesta cukup cergas untuk diturunkan? Apa pula tugas khas yang akan digalas oleh penyerang berbahaya kelab Catalunia, Messi? Apa yang penting mesti fikirkan cara bagaimana mahu meloloskan diri dari kawalan Patrice Evra dan Rooney yang hampir pasti ditugaskan untuk mengawal pergerakan beliau. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Review

Keputusan Semi-Final 2nd Leg Uefa Champs’ League : Barcelona 1-1 Chelsea

Tiada apa yang boleh diperkatakan lagi. Walaupun perlawanan seakan seimbang, tetapi tiket ke Final lebih memihak kepada Barcelona. Gol awal yang dijaringkan oleh Essien gagal dipertahankan sehingga tamat perlawanan. Sebaliknya Iniesta dan rakan-rakan terus berjuang sehingga keminit-minit akhir perlawanan untuk mencuri 1 gol di tempat lawan yang amat mereka perlukan.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Uefa Champs’ League Semi Final 2nd Leg: Man U 3 : 1 Arsenal

Pemain muda Arsene Wenger ternyata bukan tandingan Man U. Walaupun statistik perlawanan menunjukkan Arsenal lebih menguasai bola tetapi ketajaman serangan menunjukkan sebaliknya.

Man U lebih banyak membuat percubaan ke arah gol berbanding Arsenal dan lebih banyak membuat gerakan berbahaya ke arah benteng Arsenal.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Man U vs Arsenal – Semi Final Uefa Champs’ League 1st Leg

Tiada apa yang hebat mengenai perlawanan ini. Hanya 1 gol yang menjadi bekalan anak buah Sir Alex untuk bertandang ke Stadium Emirates minggu ini. Gol tunggal yang dijaringkan oleh John O’Shea pada separuh masa pertama, terus dipertahankan sehingga tamat permainan.

Arsenal jelas tidak begitu mengancam kubu Man U. Tiada larian oleh Walcott atau Sagna. Tiada hantaran pemecah pertahanan oleh Fabregas. Malah Adebayor juga seakan tidak kelihatan di sepanjang permainan sebelum ditukarkan dengan Eduardo yang tidak juga memberikan sebarang impak.

Ryan Giggs hampir menjadikan keputusan 2-0 apabila golnya tidak dikira kerana off side. Ronaldo pula hanya berpuas hati dengan cubaan terkena palang setelah gagal menyerlah pada keseluruhan permainan.

Rio Ferdinand yang menjadi tonggak pertahanan Man U mengalami kecederaan tulang rusuk dan keadaannya masih belum dapat dipastikan untuk pertemuan di Stadium Emirates. Ketiadaannya mungkin menjadi kelebihan buat anak buah Arsene Wenger yang mensasarkan kelemahan benteng pertahanan Man U untuk menghasilkan sesuatu di hadapan penyokong sendiri.

Sama-samalah kita tunggu.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

EURO Champs’ League Semi Final : Barcelona vs Chelsea

Chelsea meneruskan kemaraan dalam kejuaraan Uefa Champions’ League Semi Final setelah mengenepikan Liverpool dalam perlawanan paling mendebarkan dekad ini untuk berjuang menentang Barcelona di Semi Final. Diakui sendiri oleh pengurus kelab Chelsea Guus Hiddink yang membuat kenyataan bahawa menguruskan kelab bola sepak adalah satu profession yang membahayakan kesihatan. Jika perlawanan menentang Liverpool adalah yang paling mendebarkan, pertemuan Chelsea menentang Barcelona pula dilihat kurang menarik. Teruskan membaca

2 Komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

Pasca Euro 2008

Sudah agak lama aku tak menulis suatu apa pun di dalam blog ni. Mungkin bahana keputusan pilihanraya Mac lalu telah membuatkan aku dalam keadaan agak terkejut. Ditambah dengan suasana kejohanan Euro 2008 yang menyaksikan pasukan Sepanyol menjuarai kejohanan setelah menewaskan Jerman, pasukan yang aku jangkakan akan menjadi juara.

Jerman sememangnya mempunyai pemain berkualiti di setiap posisi dan sebuah pasukan yang mempunyai mentaliti kuat untuk muncul sebagai juara. Akan tetapi Sepanyol lebih menunjukkan semangat kejuaraan disokong oleh corak permainan paling menarik dan efektif di atas padang. Aku pada mulanya menjangkakan pasukan Sepanyol hanya akan bertahan sehingga peringkat suku akhir. Tetapi di bawah kendalian Luis Aragones, pasukan yang memiliki begitu ramai pemain bintang itu terus mara dan muncul juara dengan rekod tidak pernah kalah di sepanjang kejohanan. Pemain paling menyerlah dalam pasukan tersebut adalah David Villa. Manakala kemampuan Cesc Fabregas tidak dieksploit sepenuhnya sepanjang kejohanan. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review