Category Archives: My story

Perlawanan Persahabatan 22/5/2009

Perlawanan persahabatan aku yang terbaru adalah menentang kelab Old Boys. Tapi boleh dikatakan Old Boys yang tidak sepenuh kekuatan kerana dibarisi oleh pemain-pemain mereka yang baru. Ramai pemain handal mereka tidak hadir oleh pelbagai sebab. Ada yang masih merawat kecederaan, tak boleh keluar ofis, out station dan macam-macam lagi.

So, kami menang bergaya dengan 4-2. Dua darinya hasil gerakan yang aku mulakan. Gol kedua hasil umpanan aku pada striker dari sebelah kanan, ketika aku bermain di sebelah kanan. Gol ketiga pula hasil hantaran lintang dari sebelah kiri ketika aku bermain penyerang atas di separuh masa kedua.

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Padang Sintetik Singapore Sports School

Pada sekitar bulan Mei tahun lepas, aku berpeluang bermain dalam satu perlawanan persahabatan di antara professional Johor dan professional Singapura. Perlawanan yang berlangsung di Singapore Sports School tersebut telah berlangsung dalam suasana persahabatan dan berkesudahan dengan keputusan pasukan aku menewaskan pasukan Singapura 3-0. Tapi apa yang menjadi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan adalah bermain di atas padang sintetik. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Formasi Part I: 4-4-2

Bola sepak secara amnya dimainkan oleh 11 orang sepasukan dan menjadikan 22 orang di atas padang dengan matlamat menjaringkan sebiji bola ke pintu gol pihak lawan. Ada juga permainan bolas sepak 9 sebelah atau 7 sebelah atau futsal yang dimainkan 5 orang sepasukan. Malah aku selalu juga bermain bola sepak dalam berbelas-belas orang sepasukan. Walau berapa orang sepasukan sekalipun, matlamat permainan adalah sama. Matlamat untuk menajamkan skil, untuk mencari stamina dan sekadar latihan berpasukan adalah matlamat sampingan. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Dunia Bola Sepak Aku Part XIV

Perlawanan bola sepak persahabatan semalam berlangsung tanpa pengadil dan penjaga garisan! Ntah macam mana dan atas salah komunikasi, penganjur telah tidak memaklumkan pihak pengadil dan penjaga garisan mengenai lokasi perlawanan. Sudahnya, perlawanan diteruskan juga atas semangat kesukanan. Tapi aku tawar hati. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Dunia Bola Sepak Aku Part XIII

Dah lama juga aku tak menulis. Aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan baru saja kembali dari Utara tanah air. Dalam perjalanan pergi, penerbangan aku turut disertai oleh pasukan bolasepak hijau kuning yang baru saja menewaskan pasukan Johor FC di Stadium Pasir Gudang dengan jaringan kalau tak silap aku 3-1. Aku beratur bersama-sama Victor Andrag, Fauzi Shaari dan yang lain-lain ketika memasuki perut pesawat. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Dunia Bola Sepak Aku Part XII

Luka di ibu jari kananku dah pun hampir sembuh sepenuhnya. Walaupun masih terasa sakit jika ditekan menggunakan jari dan ia meninggalkan parut. Takpe, biar ia mengingatkan aku kepada saat aku memasang DVD-RW di PC aku yang kini telah pun dipertingkatkan sepenuhnya. Hasil misi di PC Fair yang berlangsung di Persada Johor 2minggu lalu, aku telah mempertingkatkan RAM kepada 2gb dan Graphic Card kepada 256mb DDR3 semata-mata kerana permainan Hellgate London. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story, Review

Dunia Bola Sepak Aku Part IX

Aku sangat jarang menonton perlawanan bola sepak tempatan samada peringkat Liga M mahupun Piala Malaysia mahupun Liga yang lebih kecil dari itu. Kenapa? Ada banyak faktor. Yang paling utama bagi aku, kurang menghiburkan.

Aku pernah menonton secara langsung di stadium beberapa perlawanan Liga M yang melibatkan Johor atau Johor FC. Juga 2 kali perlawanan akhir Piala Malaysia di stadium Bukit Jalil. Ketika Perak menentang Trengganu dan ketika Selangor menentang pasukan yang aku pun dah tak ingat. Juga beberapa perlawanan Liga M di Stadium Shah Alam yang melibatkan Selangor. Jangan salah sangka, aku bukanlah penyokong fanatik Merah Kuning.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story