Category Archives: Lain-lain

Perlawanan Persahabatan 22/5/2009

Perlawanan persahabatan aku yang terbaru adalah menentang kelab Old Boys. Tapi boleh dikatakan Old Boys yang tidak sepenuh kekuatan kerana dibarisi oleh pemain-pemain mereka yang baru. Ramai pemain handal mereka tidak hadir oleh pelbagai sebab. Ada yang masih merawat kecederaan, tak boleh keluar ofis, out station dan macam-macam lagi.

So, kami menang bergaya dengan 4-2. Dua darinya hasil gerakan yang aku mulakan. Gol kedua hasil umpanan aku pada striker dari sebelah kanan, ketika aku bermain di sebelah kanan. Gol ketiga pula hasil hantaran lintang dari sebelah kiri ketika aku bermain penyerang atas di separuh masa kedua.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Stamina

Selain dari skill, teknik dan kebijaksanaan dalam permainan bola sepak, perkara asas yang turut sama penting adalah stamina. Tanpa stamina, seorang pemain bola sepak tidak akan dapat bermain dengan baik walaupun mempunyai skil dan teknik yang bagus. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain

Formasi Part I: 4-4-2

Bola sepak secara amnya dimainkan oleh 11 orang sepasukan dan menjadikan 22 orang di atas padang dengan matlamat menjaringkan sebiji bola ke pintu gol pihak lawan. Ada juga permainan bolas sepak 9 sebelah atau 7 sebelah atau futsal yang dimainkan 5 orang sepasukan. Malah aku selalu juga bermain bola sepak dalam berbelas-belas orang sepasukan. Walau berapa orang sepasukan sekalipun, matlamat permainan adalah sama. Matlamat untuk menajamkan skil, untuk mencari stamina dan sekadar latihan berpasukan adalah matlamat sampingan. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Skil Bola Sepak : Ronaldinho…..Sepakan Percuma

Tak wajar rasanya kalau aku hanya tampilkan skil C Ronaldo dalam sepakan percuma tanpa menjenguk aksi Ronaldinho dalam salah satu kemahiran beliau. Pernah lihat Joga TV bagaimana Ronaldinho seakan bermain ping pong dengan palang gol? Bola tidak pun jejak tanah, beliau menyepaknya tepat ke arah palang gol dan bola tersebut melantun semula ke arahnya, diulang aksi tersebut beberapa kali.

Klip ni adalah aksinya ketika menentang England dalam kejohanan Euro 2002. Penampilan awalnya yang paling mendapat liputan meluas selepas perlawanan tersebut dan sekaligus melonjak namanya untuk dipancing oleh kelab-kelab besar Eropah.

Sengaja atau tak sengaja? Yang penting gol.

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak : C Ronaldo…..Sepakan Percuma

Selain pergerakan lincah di atas padang dengan kemahiran mengawal dan menggelecek bola yang memukau, C Ronaldo juga mempunyai kemahiran menjaringkan gol dari sepakan percuma. Walaupun kadar jaringan dari sepakan percumanya tidaklah tinggi dan tidaklah begitu menarik seperti sepakan lencong David Beckham, tapi ia tetap mendatangkan bahaya kepada pasukan lawan setiap kali beliau mengambil sepakan percuma tersebut.

Dalam salah satu Joga TV yang menampilkan C Ronaldo, terdapat aksi C Ronaldo membuat latihan sepakan dari luar kotak penalti ke arah seseorang yang mengangkat kedua tangannya di hadapan gawang. Bola tersebut masuk melalui celah kedua tangan lelaki tersebut.

Ketepatan, teknik, fokus dan semangat tinggi adalah faktor penyumbang kepada kejayaan dalam sepakan percuma selain nasib. Aku pernah terbaca David Bekham pernah berlatih membuat sepakan percuma sebanyak 1000 kali dalam seminggu untuk tujuan kurang dari 5 sepakan dalam satu perlawanan sebenar dengan 10% kadar jaringan.

Adakah, secara matematiknya, untuk mendapatkan 100% kadar jaringan, beliau perlu berlatih membuat sebanyak 10,000 kali sepakan dalam seminggu? Bagaimana pula dengan konsistensi ketepatan dan teknik? Belum lagi mengambil kira posisi, jarak dan keadaan padang. Malah benteng pemain pertahanan juga perlu diambilkira.

Nampak agak mustahil, tapi impossible is nothing…..and luck is almost everything.

1 Komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak : C Ronaldo……Lagi

Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro adalah nama penuh Cristiano Ronaldo dilahirkan pada 5/2/1985 di Madeira, Portugal. Kerjaya pro nya bermula di Sporting Lisbon sebuah kelab besar di Portugal yang mempunyai kemudahan sukan bertaraf dunia.

Seawal usia 16 tahun C Ronaldo yang mula bermain di dalam kancah kejohanan bawah 17 tahun UEFA, bakatnya telah dikesan oleh beberapa kelab besar. Antaranya adalah Liverpool yang pada ketika itu dikendalikan oleh Gerrard Houlier. Tetapi Houlier berpendapat bahawa C Ronaldo masih terlalu mentah dan perlukan masa untuk menjadi pemain bola sepak ternama.

Aku rasa Houlier mesti menyesal kerana gagal untuk lebih awal mengikat C Ronaldo. Mungkin juga polisi Liverpool ketika itu tidak menjuruskan kepada pembangunan bola sepak remaja.

Bakat C Ronaldo lebih menyerlah dan beliau adalah satu-satunya pemain di kelab Sporting Lisbon yang telah bermain untuk kejohanan bawah 16 tahun, bawah 17 tahun, B team dan first team dalam satu musim. Sir Alex juga telah menghidu bakat dan kebolehan C Ronaldo ketika pertemuan di antara Man U dan Sporting Lisbon dalam satu perlawanan jemputan sempena perasmian stadium Alvalade XXI di Lisbon, Portugal.

Sir Alex yang turut di sokong oleh pemain-pemain lain Man U di perlawanan tersebut telah mendapatkan pemain tersebut dengan fee perpindahan sebanyak 12.24 juta pound. Sporting Lisbon yang menjalinkan hubungan kerjasama dari segi pembangunan bola sepak dengan Man U menjadikan urusan perpindahan pemain hebat tersebut lebih lancar dan mudah.

Selebihnya……tengokla sendiri video klip ni.

Kemahiran mengawal bola tahap tertinggi, punya kepantasan, bijak dan ketajaman serangan. Pakej lengkap untuk seorang penyerang di bahagian sayap.

5 Komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak Part I : Jangan Togel, Football, The Malaysian Way

Iklan Jangan Togel tajaan nike

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain