F.C Barcelona Hebat!

lifting the trophy

Tiada apa yang boleh aku katakan selain ucapan tahniah kepada kelab Catalunia dan para penyokongnya.

2 gol hebat dari Eto’o dan Messi sememangnya membuktikan bahawa pasukan Barcelona lebih handal dari Man U walaupun kedua-dua kelab kelihatan seimbang.Awal separuh masa menyaksikan Man U melalui C Ronaldo dan Park Ji Sung melancarkan serangan yang hampir menghasilkan gol. Tetapi ternyata serangan kelab Catalan lebih membuahkan hasil apabila Eto’o gagal dikawal sepenuhnya oleh Vidic yang mempunyai rekod permainan agak buruk musim ini dengan beberapa kesilapan yang sering membawa padah. Eto’o pantas menggunakan peluang kesilapan Vidic tersebut untuk melepaskan rembatan yang gagal ditampan oleh Van Der Sar.

dipping free kick from C RonaldoGandingan mantap Henry, Iniesta, Xavi dan Messi sememangnya menyebabkan mimpi ngeri buat barisan pertahanan Man U. Namun Man U juga sesekali melancarkan serangan ke kubu Barcelona yang dikemudi oleh pertahanan berpengalaman Charles Puyol. Man U hanya mengharapkan beberapa percubaan jarak jauh C Ronaldo setelah gagal menembusi benteng pertahanan kental Barcelona yang turut dibarisi bekas pemain Man U, Gerard Pique.

Messi celebrating the goal

Separuh masa kedua menyaksikan Sir Alex memasukkan Tevez menggantikan Andersson. Satu strategi yang aku lihat tidak berkesan. Mungkin Sir Alex mengharapkan Tevez mampu menyusup masuk atau mengkucar kacirkan pertahanan Barcelona dengan kelincahan Tevez. Tetapi Tevez mempunyai kekurangan dari segi kawalan dan sering gagal berinteraksi dengan rakan sepasukan. Paul Scholes sepatutnya dimasukkan lebih awal bagi mengimbangi penguasaan Xavi dan Iniesta di bahagian tengah. Hasilnya, gol kedua jaringan Messi terus mematikan taktik Man U.

Messi menerima hantaran lintang Xavi yang diberi terlalu banyak ruang oleh pemain Man U untuk menanduk masuk bola ke gawang Man U. Satu gol yang agak rare dari Messi hasil kesilapan pertahanan Man U yang sama sekali tidak mengawal pemain itu. Seperti yang aku jangkakan, Xavi adalah perencana hampir kesemua gerakan serangan Barcelona. Di bantu oleh Iniesta, penguasaan tengah padang adalah milik Barcelona.

Aku dapat agak, Sir Alex akan membuat beberapa pembelian berprofil tinggi bagi menguatkan barisan pemain untuk cabaran musim depan. Mungkin Xabi Alonso yang dikatakan bakal meninggalkan Liverpool? Tak mungkin Liverpool melepaskan pemainnya kepada kelab seteru tradisi. Seseorang pemain tengah yang mampu menguasai dan mencorakkan permainan seperti Xavi adalah pembelian yang wajib sebagai ganti Paul Sholes, Fletcher dan Carrick dan mentor kepada Andersson jika Man U mahu terus mengungguli arena bola sepak.

we r d champion

Buat Pep Guardiola, taktik berkesan, pemain hebat dan pengendalian urusan kelab yang mantap adalah rencah untuk menjadi kelab unggul. Mungkin penghijrahan C Ronaldo ke Real Madrid dapat menghadirkan sesuatu buat kelab itu bagi memberikan cabaran kepada Barcelona musim depan. Tetapi sebuah pasukan bola sepak tidak dimainkan oleh seorang pemain.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s