Penentuan Juara Segala Juara Kelab Eropah 2009

Apakah percaturan yang akan dibuat oleh kedua-dua pengurus bagi 2 kelab gergasi Eropah? Apakah taktik dan strategi yang akan digunakan oleh mereka? Open game atau bertahan? Perlawanan akan menjadi tidak menarik jika salah satu kelab menggunapakai taktik bertahan.

Siapakah pula keselebelasan utama yang akan diturunkan?

Adakah komitmen yang akan diberikan oleh C Ronaldo berkurangan selepas bebas dari kelab terkaya dunia itu? Apakah yang dituntut oleh pengurus kelab itu dari beliau untuk perlawanan kompetitif terakhirnya?

Adakah Henry dan Iniesta cukup cergas untuk diturunkan? Apa pula tugas khas yang akan digalas oleh penyerang berbahaya kelab Catalunia, Messi? Apa yang penting mesti fikirkan cara bagaimana mahu meloloskan diri dari kawalan Patrice Evra dan Rooney yang hampir pasti ditugaskan untuk mengawal pergerakan beliau.

Di atas kertas, Barcelona dilihat sebagai memliki pemain yang seimbang disemua posisi. Malah mempunyai rekod serangan yang cukup berbisa apabila membelasah kelab seteru ketat Real Madrid 6-2. Corak permainan kelab tersebut juga lebih menarik di bawah bimbingan Pep Guardiola, jurulatih yang juga bekas pemain tengah bertahan Barcelona. Bahagian tengah akan dijana oleh Xavi sambil dibantu oleh Iniesta. Manakala bahagian serangan hampir pasti akan dilancarkan oleh Eto’o, Messi dan Henry jika cukup cergas untuk diturunkan. Charles Puyol akan mengemudi bahagian bawah.

Manakala Man U pula akan bergantung kepada kebijaksanaan Scholes jika diturunkan atau Carrick yang akan dibantu oleh Andersson. Khidmat Park Ji Sung akan ditagih jika dilihat dari prestasi pemain itu sejak akhir-akhir ini walaupun sering dilabel sebagai super-sub. C Ronaldo akan ditugaskan untuk memecahkan benteng Barcelona. Rooney pula akan ditagih untuk melakukan multi-tasking iaitu serangan dan pertahanan. Pemain itu lebih berkesan membuat serangan dari bahagian bawah dalam taktik serangan balas. Samada Tevez atau Berbatov akan ditugaskan sebagai top striker. Jika kepantasan diperlukan, Tevez mungkin pilihan. Tetapi jika ketenangan, kawalan penuh dan ketinggian lebih diperlukan, Berbatov adalah taruhannya.

Buat kedua-dua penjaga gawang, awal pagi esok waktu Malaysia mungkin menjadi igauan atau mimpi indah jadi kenyataan. Perlawanan mungkin akan ditentukan oleh sepakan penalti. Ketika itu, penjaga gawang adalah faktor penentu selain nasib.

Walau apa pun, kedua-dua kelab gergasi tersebut bakal bertemu lagi pada musim akan datang di dalam kejuaraan tahunan tersebut.

Tinggalkan komen

Filed under Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s