Uefa Champs’ League Semi Final 2nd Leg: Man U 3 : 1 Arsenal

Pemain muda Arsene Wenger ternyata bukan tandingan Man U. Walaupun statistik perlawanan menunjukkan Arsenal lebih menguasai bola tetapi ketajaman serangan menunjukkan sebaliknya.

Man U lebih banyak membuat percubaan ke arah gol berbanding Arsenal dan lebih banyak membuat gerakan berbahaya ke arah benteng Arsenal.

Gol pertama dijaringkan oleh Park Ji Sung hasil hantaran lintang C Ronaldo dari sebelah kiri yang gagal dihalang oleh pemain muda Kieran Gibbs. Gol yang dijaringkan seawal minit ke 11 tersebut nyata menyentap semangat juang Arsenal yang membariskan Van Persie, Walcott dan Adebayor di bahagian serangan dibantu oleh Samir Nasri dan Fabregas. Jelas kesilapan yang dilakukan oleh Gibbs terus dihukum oleh Park Ji Sung.

Gol kedua Man U pula dijaringkan oleh C Ronaldo melalui sepakan percuma dari jarak 35 ela di sebelah kiri pintu gol Arsenal. Pemain ini sememangnya mempunyai kepakaran dalam situasi dead ball dan sejak akhir-akhir ini lebih banyak membuat percubaan jarak jauh yang menghasilkan gol ketika pertemuan menentang FC Porto.

2 gol dihasilkan dalam separuh masa pertama dan Arsene Wenger membuat perubahan drastik dengan mengeluarkan Gibbs (mungkin bersifat emosi sedikit) dan memasukkan Eboue sebaik saja separuh masa kedua bermula. Pertukaran tersebut tidak memberikan sebarang impak walaupun seakan mengukuhkan benteng pertahanan Arsenal. Tetapi permainan di bahagian tengah lebih dikuasai oleh Man U dengan hantaran-hantaran pendek di antara 3-4 pemain. Banyak menggunakan taktik hantaran mirror dan wall yang jelas menidakkan penguasaan bola oleh Arsenal di bahagian tengah.

Ketinggalan 2-0 dan agregat 3-0 membuatkan Arsenal lebih ghairah menyerang dengan hampir kesemua pemain mereka berada di kawasan Man U. Tetapi setiap serangan berjaya dipatahkan dengan mudah. Malah gagal untuk membuatkan Rio Ferdinand dan Van Der Sar bekerja lebih keras. Rata-rata barisan pertahanan Man U mengambil pendekatan mudah dan mengutamakan safety first.

Dalam keghairahan menyerang tersebut, pertahanan Arsenal sekali lagi dihukum oleh satu serangan balas pantas oleh Park Ji Sung, Rooney dan disudahkan oleh C Ronaldo.

Selebihnya, tinggal sejarah walaupun Arsenal dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Van Persie dan Fletcher pula dibuang padang akibat kekasaran ke atas Fabregas.

Pendek kata, Arsenal sememangnya bukan tandingan Man U dalam saingan piala Uefa tersebut.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s