Padang Sintetik Singapore Sports School

Pada sekitar bulan Mei tahun lepas, aku berpeluang bermain dalam satu perlawanan persahabatan di antara professional Johor dan professional Singapura. Perlawanan yang berlangsung di Singapore Sports School tersebut telah berlangsung dalam suasana persahabatan dan berkesudahan dengan keputusan pasukan aku menewaskan pasukan Singapura 3-0. Tapi apa yang menjadi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan adalah bermain di atas padang sintetik.Aku tak tau berapa kos pembinaan padang dengan rumput sintetik lengkap dengan balapan. Tapi apa yang aku tau corak dan teknik permainan kami sangat memberangsangkan. Malah wajar kalau aku sifatkan teknik permainan bola sepak kami sangat mengkagumkan dengan hantaran-hantaran tepat, pergerakan-pergerakan taktikal yang bagus dan skil individu yang serba menjadi.

Aku dapat rasakan peningkatan tersebut adalah sebahagian besarnya disumbangkan oleh keadaan padang yang sangat bagus. Tiada bonggol, tiada lubang, tiada lopak air, tiada rumput yang tidak sama panjang, tiada rumput yang tidak sama dan tiada tanah yang lembut atau keras. Rata, sekata dan tidak menyakitkan kaki.

Berbanding dengan padang yang menjadi tempat latihan kami, bagai langit dengan pusat bumi.

salah satu padang sintetik

salah satu padang sintetik

Gambar ni, bukanlah diambil dari sekolah sukan Singapura, tapi di Singapura, padang sintetik bukan hanya di sekolah sukan tersebut sahaja. terdapat banyak lagi padang sintetik yang dibina untuk perlawanan-perlawanan S-League di seluruh Singapura. Seakan bermain futsal dengan padang jauh lebih besar dan bola untuk permainan padang sebenar.

Persoalannya, ada ke padang sedemikian di Malaysia? Mengapa Liga M tak dimainkan di atas padang sedemikian, jika ada?

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s