Man U vs Arsenal – Semi Final Uefa Champs’ League 1st Leg

Tiada apa yang hebat mengenai perlawanan ini. Hanya 1 gol yang menjadi bekalan anak buah Sir Alex untuk bertandang ke Stadium Emirates minggu ini. Gol tunggal yang dijaringkan oleh John O’Shea pada separuh masa pertama, terus dipertahankan sehingga tamat permainan.

Arsenal jelas tidak begitu mengancam kubu Man U. Tiada larian oleh Walcott atau Sagna. Tiada hantaran pemecah pertahanan oleh Fabregas. Malah Adebayor juga seakan tidak kelihatan di sepanjang permainan sebelum ditukarkan dengan Eduardo yang tidak juga memberikan sebarang impak.

Ryan Giggs hampir menjadikan keputusan 2-0 apabila golnya tidak dikira kerana off side. Ronaldo pula hanya berpuas hati dengan cubaan terkena palang setelah gagal menyerlah pada keseluruhan permainan.

Rio Ferdinand yang menjadi tonggak pertahanan Man U mengalami kecederaan tulang rusuk dan keadaannya masih belum dapat dipastikan untuk pertemuan di Stadium Emirates. Ketiadaannya mungkin menjadi kelebihan buat anak buah Arsene Wenger yang mensasarkan kelemahan benteng pertahanan Man U untuk menghasilkan sesuatu di hadapan penyokong sendiri.

Sama-samalah kita tunggu.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s