EURO Champs’ League Semi Final : Barcelona vs Chelsea

Chelsea meneruskan kemaraan dalam kejuaraan Uefa Champions’ League Semi Final setelah mengenepikan Liverpool dalam perlawanan paling mendebarkan dekad ini untuk berjuang menentang Barcelona di Semi Final. Diakui sendiri oleh pengurus kelab Chelsea Guus Hiddink yang membuat kenyataan bahawa menguruskan kelab bola sepak adalah satu profession yang membahayakan kesihatan. Jika perlawanan menentang Liverpool adalah yang paling mendebarkan, pertemuan Chelsea menentang Barcelona pula dilihat kurang menarik.

Perlawanan yang berlangsung pagi tadi waktu Malaysia, menyaksikan kedua-dua kelab terikat 0-0. Satu kelebihan buat kedua-dua kelab. Chelsea dilihat lebih menggunakan taktik bertahan dengan penguasaan bola hanya lebih kurang 30% berbanding Barcelona.

Manakala kelab Barcelona yang menurunkan barisan serangan terkuat mereka terdiri dari Henry, Messi, Eto’o dan Iniesta dilihat gagal menghasilkan sebarang gol walaupun menguasai permainan. Taktik Guus Hiddink ternyata berjaya menyekat dan menghalang barisan serangan Barcelona dari bergerak bebas. Dalam mana-mana perlawanan lain, gerakan serangan Barcelona selalunya dimulakan oleh Messi dengan bantuan Xavi atau Iniesta yang akan menstabilkan bahagian tengah. Tetapi kali ini, walaupun Messi beberapa kali berjaya melepasi kawalan pertahanan Chelsea yang diterajui oleh pemain antarabangsa England, John Terry, pemain serangan lain seperti Henry dan Eto’o gagal bertindak lebih efektif membantu Messi menyudahkan gerakan.

Hasilnya Barcelona dilihat lebih tertekan kerana gagal memanfaatkan kelebihan Nou Camp untuk sekurang-kurangnya menjaringkan 1 gol.

Dalam pada itu, taktik psikologi yang dimainkan oleh Guus Hiddink sebelum pertemuan juga dilihat berjaya. Beliau secara terang-terang menyatakan bahawa kelab bimbingannya telahpun menewaskan Barcelona sebanyak 2 kali di dalam imaginasinya. Ini memberikan keyakinan kepada anak buah beliau dan menimbulkan sedikit tekanan kepada pemain Barcelona yang terpaksa berhadapan risiko jaringan gol tempat lawan oleh Chelsea.

Namun kini, tekanan lebih ke atas Chelsea yang akan menerima kedatangan Barcelona ke Stamford Bridge. Seri tanpa jaringan bermakna perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan dan penentuan penalti. Jika seri dengan jaringan akan membuatkan Chelsea menggigit jari. Hanya ada 1 pilihan yang terbaik, iaitu menang.

Manakala bagi Barcelona, seri dengan jaringan sudah cukup untuk melayakkan mereka ke perlawanan akhir menentang Man U atau Arsenal, satu pertemuan yang juga menarik yang akan berlangsung awal pagi esok waktu Malaysia.

2 Komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

2 responses to “EURO Champs’ League Semi Final : Barcelona vs Chelsea

  1. Mr.Chelsea

    CHESEA FC IS THE WINNER!!!!!!!

  2. dani

    šŸ™‚ barca..barca..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s