Monthly Archives: Julai 2008

Pasca Euro 2008

Sudah agak lama aku tak menulis suatu apa pun di dalam blog ni. Mungkin bahana keputusan pilihanraya Mac lalu telah membuatkan aku dalam keadaan agak terkejut. Ditambah dengan suasana kejohanan Euro 2008 yang menyaksikan pasukan Sepanyol menjuarai kejohanan setelah menewaskan Jerman, pasukan yang aku jangkakan akan menjadi juara.

Jerman sememangnya mempunyai pemain berkualiti di setiap posisi dan sebuah pasukan yang mempunyai mentaliti kuat untuk muncul sebagai juara. Akan tetapi Sepanyol lebih menunjukkan semangat kejuaraan disokong oleh corak permainan paling menarik dan efektif di atas padang. Aku pada mulanya menjangkakan pasukan Sepanyol hanya akan bertahan sehingga peringkat suku akhir. Tetapi di bawah kendalian Luis Aragones, pasukan yang memiliki begitu ramai pemain bintang itu terus mara dan muncul juara dengan rekod tidak pernah kalah di sepanjang kejohanan. Pemain paling menyerlah dalam pasukan tersebut adalah David Villa. Manakala kemampuan Cesc Fabregas tidak dieksploit sepenuhnya sepanjang kejohanan. Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review