Ulasan Pertemuan Man U vs Liverpool

Pertemuan yang aku harapkan penuh debaran dan aksi, rupanya tidak seperti yang aku harapkan.

Liverpool menurunkan barisan terkuat mereka yang tidak berubah sejak pertemuan midweek menentang Reading. Nampaknya Benitez telah menemui kesebelasan utama yang seimbang di semua posisi dengan formasi 4-4-1-1. Fernando Torres diletakkan berseorangan di hadapan dibantu oleh Gerrard. Manakala Babel di sebelah kiri dan Kuyt di sebelah kanan. Bahagian tengah diisi oleh Alonso dan Mascherano. Barisan pertahanan pula dibarisi oleh Arbeloa, Aurelio, Carragher dan Skrtel.

Disaksikan oleh lebih 76000 penonton yang hadir ke Theater of Dream dan jutaan peminat seluruh dunia melalui saluran ESPN, Man U pula menurunkan barisan yang agak taktikal. Sir Alex mengamalkan taktik berhati-hati ketika pertemuan ini dengan formasi 4-5-1. Rooney diletakkan berseorang di hadapan. Giggs di sayap kiri, C. Ronaldo di kanan dan bahagian tengah di isi oleh Scholes dan Anderson. Manakala Carrick ditugaskan menjadi anchor di bahagian tengah. Ferdinand kembali mengisi barisan pertahanan dibantu oleh Vidic, Evra dan Brown.

Liverpool seakan hilang tumpuan, kurang teratur dan agak tertekan walaupun Man U menggunakan taktik berhati-hati. Situasi tersebut dimanipulasi sepenuhnya oleh Man U yang lebih banyak menyerang dan mengawal bola di bahagian tengah. Aku menjangkakan Gerrard akan lebih menguasai dan mendominasi bahagian tengah. Tapi apa yang berlaku Paul Scholes yang lebih banyak membuat hantaran dan umpanan kepada barisan serangan kerana tidak begitu dikawal ketat. Gerrard hampir tidak kelihatan pada keseluruhan perlawanan.

Melihatkan situasi tersebut, Mascherano bertindak melakukan kekasaran terhadap Scholes di separuh masa pertama yang menagkibatkan beliau dilayangkan kad kuning.

Gol pertama Man U hadir pada minit ke 34 hasil kesilapan penjaga gol Reina yang gagal memintas hantaran yang tidak begitu bahaya dari Rooney. Sebelum itu, beberapa gerakan dari Rooney hampir menghasilkan beberapa gol awal jika tidak kerana kecekapan Reina mengawal kawasannya. Manakala C Ronaldo pula begitu hampir menjaringkan gol tetapi bola tampanannya hanya menuju ke tiang gol.

Mascherano dilayangkan kad kuning kedua pada akhir separuh masa pertama kerana menbantah keputusan pengadil yang melayangkan kad kuning kepada Torres mengakibatkan beliau dibuang padang. Selebihnya, history.

Aku akui insiden kad kuning kedua terhadap Mascherano telah meranapkan harapan aku untuk menyaksikan pertemuan penuh debaran dan aksi.

Gol kedua dijaringkan oleh C Ronaldo dan gol ketiga dijaringkan oleh Nani yang masuk menggantikan Giggs.

Akhir pertemuan: Man U 3 – Liverpool 0

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s