Pratonton EPL Top of The Table Clash 23.03.08 : Man U vs Liverpool

Inilah minggu yang dinantikan. Pertemuan 4 penjuru yang sangat dinantikan oleh semua peminat EPL khususnya para peminat kelab-kelab teratas liga. Pertemuan tersebut bukan hanya sekadar pertemuan yang melibatkan 4 kelab elit EPL, tetapi juga boleh dikatakan pertemuan yang akan menjadi pembayang dan mungkin juga penentu kepada juara liga.

Man U vs Liverpool (Old Trafford)

Chelsea vs Arsenal (Stamford Bridge)

Bagi penyokong fanatik Man U, inilah masanya kelab kesayangan mereka terus menjarakkan mata sebagai pendahulu liga jika berjaya menumpaskan Liverpool. Manakala Arsenal yang telah dipintas Man U dengan jarak 3 mata akan cuba sekurang-kurangnya mencuri 1 mata dari Chelsea. Tetapi para peminat Arsenal sudah pastinya mengharapkan kelab kesayangan mereka mendapatkan mata penuh ketika bertandang ke Stamford Bridge esok.

Begitu juga senarionya dengan Chelsea yang sudah memasang angan-angan untuk menjadi juara liga apabila mengekori rapat Arsenal dengan jarak hanya 2 mata. Kelebihan bermain di tempat sendiri seharusnya dijadikan landasan untuk mendapatkan mata penuh seterusnya memintas Arsenal untuk mencabar Man U.

Bagi Liverpool pula, juara liga kelihatan agak sukar untuk dicapai. Namun mereka sudah pastinya mahu mengekalkan kedudukan di tangga ke 4 liga bagi memperolehi slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Dengan jarak hanya 3 mata di depan Everton, kekalahan kepada Man U bermakna mereka akan berkongsi mata dengan Everton walaupun kelebihan jaringan memihak kepada Liverpool.

Kem Man U dilihat lebih bersemangat untuk mengekalkan tempo dan momentum prestasi mereka ketika ini. Tambahan pula mereka berada di landasan tepat untuk muncul sebagai juara liga. Kemenangan ke atas Bolton di tempat sendiri juga merupakan penyuntik semangat kepada para pemain khususnya C Ronaldo yang menyumbat kedua-dua gol Man U.

Mereka bakal menyenaraikan kesebelasan yang sama ketika menentang Bolton jika kepantasan serangan dijadikan sandaran. Jika taktik yang digunakan lebih kepada permainan berhati-hati dan build-up play dengan tempo yang lebih perlahan, mungkin kesebelasan utama akan dibarisi oleh pemain yang lebih berpengalaman seperti Giggs dan Scholes. Rio Ferdinand mungkin tidak dapat diturunkan akibat kecederaan dan tempatnya mungkin akan diisi semula oleh Wes Brown yang direhatkan pada pertemuan menentang Bolton.

Barisan kemungkinan : Van der Sar, O Shea, Vidic, Brown, Evra, Scholes, Giggs, C Ronaldo, Park Ji Sung (Hargreaves), Rooney, Tevez.

Formasi : 4-4-2 (4-1-3-1-1)

Dalam pada itu, Liverpool tidak boleh dipandang sebelah mata kerana prestasi mereka ketika ini begitu memberansangkan. Penyerang utama mereka Fernando Torres sendiri ketika ini telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang penyerang yang amat merbahaya dan digeruni dengan statistik jaringan yang hebat. Hatrik ketika menentang Middlesbrough dan Wes Ham menjadikan 25 gol yang telah dijaringkan setakat ini dalam sistem penggiliran pemain oleh Benitez.

 Steven Gerrard sudah pasti diturunkan bagi menguasai bahagian tengah. Ryan Babel yang mempunyai kepantasan dan kemahiran mengawal bola mungkin akan mengisi bahagian sayap bagi menguji barisan pertahanan Man U. Jika Benitez mengamalkan taktik berhati-hati, Arne Riise akan diturunkan bagi menguatkan lagi bahagian tengah.

Barisan kemungkinan: Reina, Carragher, Hyppia, Arbeloa (Riise), Finnan, Gerrard, Babel, Benayoun, Mascherano, Torres, Kuyt.

Formasi: 4-4-2 (4-3-2-1)

Walau apa pun, pertemuan malam esok (malam ni) antara 2 kelab elit ini sudah pasti menjanjikan perlawanan penuh debaran dan aksi bola sepak tahap tertinggi.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Klip Video

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s