Piala FA Pusingan Ke 5 : Man U vs Arsenal

Pertemuan buku dengan ruas?

Aku tak rasa begitu. Arsenal seakan tidak menjadikan piala FA sebagai sasaran utama musim ini. Beberapa pemain utamanya tidak diturunkan ketika pertemuan yang dijangka sengit awal pagi tadi. Adebayor, Flamini dan Senderos hanya memanaskan bangku simpanan dan dimasukkan pada separuh masa kedua. Manakala Clichy terus memanaskan bangku simpanan sehingga tamat perlawanan

Hasilnya? Man U menang besar dengan jaringan 4-0.

Man U menurunkan hampir semua basisan terkuatnya dengan merehatkan Tevez dan Paul Scholes dibangku simpanan. Ryan Giggs dan Ronaldo tidak dinamakan dalam senarai pemain yang diturunkan. Pun begitu, Wayne Rooney kembali mengganas dengan aksi dan persembahan yang mengkagumkan. Aku pernah kata dulu bahawa Rooney adalah punca inspirasi pasukan Man U dan juga England dan aku tak silap.

Gol-gol United dijaringkan oleh Rooney, Fletcher yang menjaringkan 2 gol dan Nani.

Pertemuan tersebut juga menyaksikan insiden kad merah yang dilayangkan kepada Eboue hasil terjahan keras ke atas Evra di awal separuh masa kedua. Arsenal yang menurunkan ramai pemain simpanan Armand Traore, Niklas Bentdner, Justin Hoyte dan Gilberto Silva terus gagal mengekang asakan United dan seakan hilang punca. Cesc Fabregas juga tidak dapat melaksanakan tugas beliau sepertimana kebiasaannya dan kerap dikawal ketat oleh barisan pertahanan United.

Lain-lain pertemuan piala FA yang melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris menyaksikan Liverpool tumpas kepada kelab bawahan Barnley 1-2. Mungkin perlawanan terakhir Rafa Benitez. Manakala Chelsea memperkotak katikkan Huddersfield dengan kemenangan 3-1.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s