Perlawanan Derby Man U vs Man City

Pertemuan derby yang melibatkan 2 kelab dari kawasan atau bandar yang sama sering menyajikan perlawanan menarik dan cukup sengit. Ia mungkin disebabkan faktor lokasi pertemuan yang tidak berbeza samada perlawanan di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan dan juga faktor penyokong. Jika di Malaysia mungkin boleh digambarkan seperti Johor Pasir Gudang menentang Johor FA atau Selangor menentang Kuala Lumpur. 

Pasukan pelawat biasanya mempunyai kadar keyakinan yang tinggi kerana beraksi di lokasi yang begitu familiar. Maka yang demikian, walaupun mereka bertandang di stadium pihak lawan, tahap keyakinan mereka tidak tergugat. Dari segi psikologinya, pasukan pelawat tidak merasa begitu terasing dengan suasana tempat lawan.

Seperti kebanyakan pertemuan derby, perlawanan di antara Man U dan Man City nyata memberikan kejutan. Man City mengambil peluang dari pertemuan derby tersebut dan kelemahan Man U yang sedang dilanda krisis kecederaan. Man City memenangi pertemuan tersebut dengan jaringan 2-1 dalam suasana berkabung sempena mengingati tragedi Munich.

Man U yang mengenakan jersi kosong tanpa nama, logo dan penajatetapi bernombor, tidak dapat menurunkan Rooney dan Evra dan ternyata tidak menyengat di bahagian serangan. Tevez diletakkan berseorangan di bahagian atas disokong oleh Ronaldo di sebelah kiri dan Nani di sebelah kanan. Manakala bahagian tengah diisi oleh 2 pemain senior, Scholes dan Giggs serta pemain muda Anderson. Tempat Evra di ambil alih oleh O’Shea.

Man City yang kehilangan tonggak Elano dan Corluka akibat kecederaan, menjaringkan gol pertama menerusi Darius Vassell di minit ke 25. Darius Vassell yang digandingkan dengan pemain yang baru dibeli Benjani, kelihatan tidak merbahaya. Akan tetapi Benjani yang dilihat lebih banyak bertindak membuka ruang dan menghukum kesilapan pertahanan Man U dengan gol kedua di akhir separuh masa pertama.

Di bahagian pertahanan pula, Man City lebih kemas menahan asakan dari Ronaldo, Tevez, Anderson dan Nani. Micah Richards, Dunne, Ball dan Onuoha begitu kebal mematahkan hantaran-hantaran dan gerakan-gerakan merbahaya Man U yang banyak diatur oleh Scholes. Mungkin faktor usia juga yang membuatkan Scholes dan Giggs kelihatan gagal memberikan kesan kepada gerakan Man U.

Ronaldo begitu serba tidak kena dan tidak menjadi. Manakala Nani seperti hilang konsentrasi dan tidak fokus menyebabkan Sir Alex terpaksa memasukkan Park Ji Sung menggantikannya. Masih lagi gagal memberikan impak kepada permainan, Sir Alex memasukkan Hargreaves dan Carrick menggantikan O’Shea dan Anderson. Lebih drastik lagi Vidic diletakkan di bahagian serangan bergandingan dengan Tevez, manakala Hargreaves bertindak sebagai pertahanan tengah.

Pun begitu, barisan serangan Man U masih gagal menembusi benteng kukuh Man City.  Benjani yang agak keletihan dikeluarkan dan digantikan dengan pemain pertahanan Gariddo dan Sun Ji Hai pula masuk menggantikan Petrov.

Hanya pada minit ke 92 barulah Man U melalui Carrick berjaya menjaringkan gol yang dilihat agak terlambat untuk mereka menyamakan kedudukan bagi berkongsi mata.

Walau apa pun keputusan pertemuan di antara Liverpool dan Arsenal, kedudukan takhta EPL tetap tidak akan berubah. Arsenal akan tetap berada di atas dan berpeluang untuk menjarakkan kedudukan seandainya mereka menang.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s