Perlawanan Persahabatan Antarabangsa : England vs Switzerland

Perlawanan ujian pertama buat pengurus baru England Fabio Capello menemukan England dengan Switzerland. Walaupun hanya perlawanan persahabatan, ia dilihat sebagai ujian besar buat Fabio Capello yang mengambil alih tugas bangku panas dari Steve Maclaren. Sudah pastinya pengurus baru England itu mahukan kemenangan bagi mengurangkan sedikit tekanan yang datang dari penyokong, media dan England FA.

Sejak mengambil alih kerusi panas tersebut, Fabio Capello telah mengundang pelbagai reaksi dari media. Antaranya melibatkan tindakan beliau menafikan cap ke100 David Bekham, memanggil semula beberapa pemain yang pernah menyarung jersi England, David James dan Jermaine Jenas. Menamakan dan menurunkan Matthew Upson sebagai pemain pertahanan tengah bergandingan dengan Rio Ferdinand, satu kombinasi yang bersifat eksperimental. Juga David Bentley yang menagmbil tempat Beckham.

Menggunakan formasi 4-3-3, Capello membariskan Wes Brown sebagai pertahanan kanan, Ashley Cole di bahagian pertahanan kiri, Ferdinand dan Upson di pertahanan tengah. Gareth Barry, Gerrard dan Jenas diberi tugas sebagai pemain tengah dengan Jenas diberikan tugas membuat larian dari tengah ke hadapan. Manakala Joe Cole bertindak sebagai pemain penyerang kiri dan David Bentley di sebelah kanan. Rooney ditugaskan bersendirian di bahagian atas.

Pasukan Switzerland juga tidak boleh dipandang mudah kerana mereka mempunyai ramai pemain yang bermain untuk kelab-kelab besar Eropah. Antaranya Senderos di Arsenal, Fernandez di Man City, Barnetta di Bayer Leverkusen dan beberapa lagi pemain yang aku tak kenal. Bertandang ke tempat lawan, Switzerland menggunakan taktik bertahan dan serangan balas dengan matlamat utama untuk tidak kalah.

Diawal babak pertama Switzerland kelihatan lebih menyerlah dengan beberapa serangan balas yang merbahaya dan cubaan-cubaan ke arah pintu gol berbanding England. Malah mereka menampilkan corak permainan mudah dengan hantaran-hantaran bercorak terus. Namun England yang lebih banyak menguasai bola di tengah padang berjaya menjaringkan gol pertama melalui gerakan Joe Cole dari sebelah kiri yang melorongkan bola untuk Jenas menampan masuk.

Steven Gerrard agak kurang menyerlah di separuh masa pertama. Malah hampir tidak kelihatan kelibatnya di padang kerana hanya ditugaskan sebagai pemain tengah tanpa sebarang percubaan ke arah pintu gol. Rooney pula mempunyai banyak peluang tetapi gagal untuk diterjemahkan sebagai jaringan. Manakala pertahanan Switzerland kelihatan tidak perlu bekerja keras untuk mematahkan serangan-serangan England yang ketandusan idea kreatif dan tidak berbahaya.

Separuh masa kedua menyaksikan Switzerland membuat pertukaran dengan memasukkan penyerang muda dari skuad remaja yang mempunyai rekod cemerlang diperingkat antarabangsa. Manakala Englad mengeluarkan Joe Cole dan Jenas digantikan dengan Crouch dan Wright Phillips. Namun agak malang bagi england, sejurus selepas pertukaran tersebut, Switzerland menyamakan kedudukan melalui penyerang muda yang baru masuk yang membuat rembatan kaki kiri menewaskan David James.

England kelihatan agak longgar di bahagian serangan dan sering berlaku salah faham apabila membuat hantaran-hantaran. Beberapa kali, Crouch yang bertindak sebagai penyerang tunggal, Rooney di sebelah kiri dan Wright Phillips di sebelah kanan gagal memanfaatkan gerakan-gerakan yang diatur. Malah insiden-insiden tersebut telah menyebabkan Rooney keletihan apabila dipaksa berlari mengejar hantaran bola yang tidak tepat.

Gareth Barry dikeluarkan dan digantikan dengan Owen Hargreaves yang bertindak sebagai pemain tengah bertahan. Manakala Ashley Cole digantikan dengan Wayne Bridge yang bermain agak sambil lewa.

Gol kedua England dijaringkan oleh Wright Phillips hasil gerakan oleh Gerrard dari sebelah kiri yang menerima umpanan dari Crouch. Crouch agak menyerlah dalam perebutan bola tinggi. Malah beliau berfungsi sebagai tiang elektrik yang merentangkan wayar melintasi rimbunan pokok. Itu pada pandangan aku.

Rooney dikeluarkan dan digantikan dengan Ashley Young. Tetapi keputusan tetap tidak berubah di akhir perlawanan denga England menewaskan Switzerland 2-1. Satu permulaan yang baik buat Cappello tetapi agak mengecewakan penyokong England.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s