Perebutan Takhta EPL

Semalam aku berkesempatan menonton 2 pertemuan melibatkan 2 kelab teratas EPL. Arsenal bertandang ke Man City. Manakala Man U pula bertandang ke White Hart Lane. Kedua-dua pertemuan sememangnya sangat menarik.

Arsenal mempamerkan corak serangan terbuka, pantas dan kreatif. Man City sememangnya sukar untuk menandingi corak permainan yang ditunjukkan oleh Arsenal. Barisan pertahanan mereka dipaksa bekerja keras dari awal permainan hingga tamat mengekang serangan yang dilancarkan oleh hampir kesemua pemain Arsenal. Hanya penjaga gol Lehman, Gallas dan Senderos saja berada tetap di posisi mereka.

Enjin serangan Arsenal digerakkan oleh pemain kreatif Fabregas yang ditugaskan menggerakkan kesemua pemain Arsenal dengan membuat hantaran-hantaran kesegenap inci padang. Di dalam pasukan Arsenal, bukan hanya Fabregas saja yang mempunyai kreativiti, Flamini dan Hleb juga turut menampilkan corak permainan yang menarik, cukup berkesan membuka ruang dan mengucar kacirkan benteng pertahanan Man City.

Salah satu gol Arsenal dijaringkan oleh Adebayor yang menerima hantaran dari Sagna, pemain pertahanan kanan yang sering membuat larian overlapping pantas hingga ke hujung padang. 1 lagi gol dijaringkan oleh Eduardo. Walaupun gol yang dijaringkan oleh Eduardo ini kelihatan offside, tapi skil mengawal bola dan teknik yang ditunjukkan amat mengagumkan. Gol terakhir juga dijaringka oleh Adebayor. Arsenal 3 Man City 1.

Man City juga tidak mudah mengaku kalah, Mereka berjaya menjaringkan 1 gol melalui pemain yang baru dibeli iaitu Fernandez, hasil hantaran oleh Corluka dari sebelah kanan padang akibat permainan sambil lewa Clichy. Malah pujian juga harus diberikan kepada barisan pertahanan Man City terutamanya Micah Richards yang bekerja keras mematahkan serangan-serangan pantas Arsenal sekaligus berjaya menghalang Arsenal dari berpesta gol.

Di White Hart Lane pula menyaksikan pertemuan dynamite di antara Man U dan Hotspurs. Man U bertandang ke White Hart Lane dengan satu misi, mendapatkan kemenangan bagi mengekalkan kedudukan teratas Liga. Namun hampa kerana corak permainan penuh bersemangat dan positif dari Spurs.

Barisan pertahanan Spurs yang turut dibarisi pemain yang baru dibeli, Jonathan Woodgate dan Allan Hutton, begitu kebal menghalang asakan dari Ronaldo, Nani, Anderson, Tevez, Rooney dan Evra. Corak permainan berhati-hati oleh Man U di separuh masa pertama akhirnya membawa padah apabila dikejutkan dengan serangan balas pantas yang menghasilkan gol. Lennon yang mendapat bola dari asakan Hargreaves ke atas Jenas membuat larian deras ke sebelah kanan pintu gol Man U sebelum membuat rembatan ke arah pintu gol. Bola berjaya ditepis oleh Van De Sar tetapi Berbatov yang mempunyai instinct semulajadi seorang penyerang berada di kedudukan tepat untuk menampan bola muntah terus ke dalam gawang.

Separuh masa kedua menyaksikan pemain tengah bertahan Owen Hargreaves dikeluarkan dan digantikan dengan Carrick, bekas pemain Spurs. Sir Alex dilihat cuba mengukuhkan barisan serangan dengan menugaskan Carrick untuk membuat lebih banyak hantaran bercorak serangan. Ryan Giggs dan Scholes juga dikelaurkan dan digantikan dnegan pemain lebih bertenaga dan pantas, Nani dan Anderson.

Ternyata taktik Sir Alex dilihat memberikan impak kepada corak serangan Man U. Permainan menjadi lebih pantas dan hantaran-hantaran juga dilihat lebih berbahaya buat Spurs. Namun ketenangan Woodgate dan barisan pertahanan Spurs berjaya mengecewakan banyak gerakan Man U.

Ketiadaan pemain senior dilihat seakan menghilangkan semangat juang Man U. Tetapi kerja keras yang ditunjukkan oleh Rooney berjaya menghadirkan inspirasi kepada rakan-rakannya yang lain. Rooney berada di hampir seluruh padang, membuat larian serangan mahupun merampas bola dan bertahan di benteng sendiri. Malah beliau lebih menyerlah di separuh masa kedua berbanding di separuh masa pertama.

Namun United seakan ketandusan idea dan begitu terdesak untuk menjaringkan gol. Rooney jelas agak kecewa dengan benteng pertahanan Spurs yang begitu kebal hinggakan mengambil langkah menjatuhkan badan di dalam kotak penalti. Hasilnya, kad kuning buat beliau.

Gol United hadir dalam masa kecederaan hasil sepakan sudut Nani yang di tampan oleh Tevez yang tidak dikawal di bahagian kiri pintu gol Spurs. Sebelumnya Tevez hampir menjaringkan gol buat United hasil tandukan dari sepakan sudut. Tetapi penjaga gol berada di posisi tepat untuk menafikan jaringan.

Dengan keputusan tersebut United terpaksa berpuas hati di tangga kedua Liga dengan perbezaan 2 mata.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s