Keputusan EPL Fantasy League Minggu 24

Agak lama juga aku tak membuat laporan mengenai perjalanan EPL Fantasy League yang aku sertai. Sungguh, aku teramat sibuk dengan pelbagai urusan. Dari urusan yang melibatkan keluarga, kerja, perniagaan baru hingga kepada urusan terpenting dan terbesar, menguruskan pembukaan perniagaan sendiri. Jadual waktu aku begitu padat hinggakan sudah beberapa kali aku menikmati makan tengah hari di dalam kereta yang sudah pastinya makanan segera.

Menerapkan formasi 4-3-3, EPL minggu 24 memberikan aku mata sebanyak 91! Paling banyak setakat ini. Mata paling banyak disumbangkan oleh Ronaldo (32) hasil jaringan 2 gol ketika menentang Portsmouth dan juga kerana dia kujadikan ketua pasukan. Fabregas menyumbangkan 11 mata hasil kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Newcastle.

Barisan pertahanan aku menyumbangkan keseluruhannya 27 mata dari Evra, Wheater, McCartney dan Lescott. Manakala penjaga gol aku Jaaskelainen menyumbangkan 7 mata buat pasukan aku.

Jika barisan penyerang aku beraksi lebih baik, mungkin aku boleh memecahkan jumlah mata tertinggi minggu 24 iaiti 114. Hanya 1 mata dari Etuhu dan Tevez. Manakala Anelka hanya menyumbangkan 2 mata sahaja. Anelka yang bermain penuh 90 minit untuk Chelsea gagal menjaringkan sebarang gol, jauh berbeza ketika beraksi bersama kelab Bolton. Mungkin beliau sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan kelab baru yang dibarisi oleh pemain terhebat liga.

Arsenal berjaya merampas takhta liga untuk seketika sebelum Man U menempatkan diri mereka semula sebagai pendahulu liga buat masa ini.

Aku mengharapkan barisan sedia ada dapat mengekalkan prestasi yang sama atau lebih baik lagi untuk perlawanan hujung minggu (malam ini) bagi minggu ke 25.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s