Monthly Archives: Februari 2008

Kecederaan Dalam Permainan Bola Sepak

Aku sempat menonton perlawanan EPL di antara Arsenal dan Birmingham City yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 dan menyaksikan jurang mata di antara pendahulu liga dengan Man U kini hanya 3 tiga. Man U membelasah Newcastle United 5-1 dengan persembahan hebat dari Ronaldo dan Rooney. Tapi insiden yang menjadi tumpuan pada jadual EPL minggu ini adalah insiden minit ke 3 pertemuan di antara Arsenal dan Birmingham City. Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

Skil Bola Sepak Part I : Jangan Togel, Football, The Malaysian Way

Iklan Jangan Togel tajaan nike

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan Made In Malaysia

Satu lagi video made in Malaysia

Dan lagi.. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan Made In Malaysia

Aku terjumpa klip video yang dihasilkan oleh bebudak tempatan menunjukkan skil ‘freestyle’ yang boleh aku katakan belum lagi setanding dengan ‘freestyler’ dari luar.

Walau apa pun, aku ucapkan selamat maju jaya kepada budak-budak yang berani menunjukkan skil mereka kepada seluruh dunia. Jangan berhenti berlatih sampai korang semua boleh buat lebih baik lagi.

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Piala FA Pusingan Ke 5 : Man U vs Arsenal

Pertemuan buku dengan ruas?

Aku tak rasa begitu. Arsenal seakan tidak menjadikan piala FA sebagai sasaran utama musim ini. Beberapa pemain utamanya tidak diturunkan ketika pertemuan yang dijangka sengit awal pagi tadi. Adebayor, Flamini dan Senderos hanya memanaskan bangku simpanan dan dimasukkan pada separuh masa kedua. Manakala Clichy terus memanaskan bangku simpanan sehingga tamat perlawanan

Hasilnya? Man U menang besar dengan jaringan 4-0. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Klip Video, Review

Skil Bola Sepak Part I : Joga Bonito

Betul tak apa yang aku katakan mengenai skil individu bola sepak? Malah Eric Cantona pun mengatakan perkara yang sama mengenainya dalam JogaTV yang ditaja oleh Nike.

Bagi yang belum tau apa itu Joga Bonito, ia adalah merupakan bahasa Sepanyol dan Portugis yang merujuk kepada ‘play nice’ atau ‘play beautiful’. Dalam bahasa Malaysia mungkin boleh diterjemahkan kepada ‘mainkanlah dengan cantik’ atau ‘permainan bersih’. Ia juga merujuk kepada satu bentuk kempen permainan bola sepak yang bersih, ‘fair play’ dan cantik seperti yang ditonjolkan oleh pasukan Brazil.

Tiada lagi tackle keras, tackle dari arah belakang atau terjahan yang boleh menyebabkan kecederaan serius kepada pemain lawan semata-mata untuk menghalang pemain tersebut dari terus bermain dalam satu-satu perlawanan. Tackle dan terjahan adalah perkara biasa dan perlu dalam permainan bola sepak tetapi ia harus dilakukan dengan bersih dan semata-mata untuk merampas bola bukannya untuk menyebabkan kecederaan kepada pemain lawan.

Marco Van Basten adalah salah seorang mangsa kepada tackle keras dari arah belakang yang menyebabkan beliau terus bersara dari bermain bola sepak semasa beliau masih di awal puncak kariernya. Aku pun sama.:)

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Lain-lain

Skil Bola Sepak Part I : Bola Sepak Jalanan

Ada banyak lagi.

Perlu diingatkan, mereka ni bukannya pemain profesional. Mungkin ada seorang dua pemain futsal mewakili negara mereka. Kebanyakannya hanyalah pemain amatur yang bermain bola hanya untuk bermain bola, bukannya untuk gaji bulanan.

Ada ke pemain Malaysia miliki skil individu camni? Kalau ada, buatla video klip dan letakkannya dalam Youtube supaya aku pun boleh berbangga sama. Janganlah buat alasan tak suka menunjuk-nunjuk. Bukan itu tujuannya, manala tau ada kelab luar yang berminat untuk tawarkan kontrak lebih lumayan dan boleh dijadikan batu loncatan untuk memberikan sumbangan besar kepada bola sepak negara.

Walaupun ciri-ciri pemain bola sepak yang bagus bukan hanya bergantung kepada skil individu semata-mata, tapi tak ramai pemain bola sepak peringkat antarabangsa yang miliki skil individu yang tinggi. Harus juga diingat, skil individu adalah satu kemahiran mengawal bola yang sangat diperlukan dalam permainan bola sepak.

Tinggalkan komen

Filed under Klip Video, Review