Dunia Bola Sepak Aku Part XIV

Perlawanan bola sepak persahabatan semalam berlangsung tanpa pengadil dan penjaga garisan! Ntah macam mana dan atas salah komunikasi, penganjur telah tidak memaklumkan pihak pengadil dan penjaga garisan mengenai lokasi perlawanan. Sudahnya, perlawanan diteruskan juga atas semangat kesukanan. Tapi aku tawar hati.

Aku rasa amat tidak bersemangat dan tawar hati disebabkan aku ditugaskan untuk bermain diposisi pertahanan kiri. Tanpa penjaga garisan, bahagian pertahanan mengalami kesukaran untuk bermain. Malah hampir mustahil untuk mengekang serangan pihak lawan disebabkan tiada permainan offside.

Walau apa pun, aku melihat perlawanan semalam dari sudut positif sekalipun kami dibelasah dengan jaringan 5-0. Aku berjaya mengharungi perlawanan tanpa kecederaan berulang. Berjaya membuat beberapa larian, gelecekan ringkas dan merebut bola dari kaki pemain lawan.

Kami juga berjaya membuat beberapa pertukaran formasi dari 4-4-2 kepada 3-5-2 dan 3-4-3 memandangkan tiada permainan offside.

Malangnya salah seorang pemain kami mengalami kecederaan lengan akibat terpijak bola ketika membuat rebutan 50-50 dengan pemain lawan.

Perlawanan ulangan akan berlangsung minggu hadapan dan kali ini aku harap pihak pengadil dan penjaga garisan dimaklumkan dengan betul.

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s