Dunia Bola Sepak Aku Part XIII

Dah lama juga aku tak menulis. Aku terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dan baru saja kembali dari Utara tanah air. Dalam perjalanan pergi, penerbangan aku turut disertai oleh pasukan bolasepak hijau kuning yang baru saja menewaskan pasukan Johor FC di Stadium Pasir Gudang dengan jaringan kalau tak silap aku 3-1. Aku beratur bersama-sama Victor Andrag, Fauzi Shaari dan yang lain-lain ketika memasuki perut pesawat.

Dapat aku perhatikan pasukan hijau kuning agak berdisiplin sekurang-kurangnya mereka mengenakan seragam kemeja khusus yang mempamerkan logo Kedah FA dan nama masing-masing. Kelihatan kemas dengan berluar slack hitam dan bersepatu hitam. Aku berasa sedikit bangga dengan imej yang dipertontonkan. Barulah kena dengan status pro yang mereka pegang dan sememangnya mereka berhak memenangi perlawanan tempohari.

Rata-rata fizikal mereka bertubuh sederhana. Malah Fauzi Shaari mempunyai tubuh kecil. Patutla, pemain Malaysia agak sukar untuk mendapatkan tempat di mana-mana kelab Eropah walaupun mempunyai skil yang hebat. Malah pemain-pemain dari Asia Tenggara sememangnya sukar mendapatkan tempat di kelab-kelab Eropah melainkan ada pihak yang sanggup menaja seperti yang dilakukan oleh Thaksin.

Macamanapun syabas aku ucapkan kepada pasukan bolasepak Kedah atas kemenangan mereka ke atas Johor FC.

Petang ni, pasukan aku telah mengaturkan satu lagi perlawanan persahabatan dengan pasukan despatch sebuah firma di Johor Bahru. Aku sememangnya ingin bermain walaupun sudah lama tidak membuat sebarang latihan. Malah kaki aku pun belum lagi pulih sepenuhnya dari kecederaan lalu. Walaupun berupaya membuat pergerakan-pergerakan pantas dan agak ekstrim, tapi jika silap langkah, padah jawabnya. Disebabkan itu aku hanya bercadang untuk bermain pada separuh masa saja dan akan cuba mengelak dari bermain di bahagian sayap.

Mungkin esok atau minggu depan, aku akan mula membuat latihan ringan. Mungkin aku patut mencari tukang urut untuk memulihkan kecederaan kaki aku. Atau mungkin aku tak perlu bermain langsung pada petang ni. Ntahle labu…..

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s