Dunia Bola Sepak Aku Part XII

Luka di ibu jari kananku dah pun hampir sembuh sepenuhnya. Walaupun masih terasa sakit jika ditekan menggunakan jari dan ia meninggalkan parut. Takpe, biar ia mengingatkan aku kepada saat aku memasang DVD-RW di PC aku yang kini telah pun dipertingkatkan sepenuhnya. Hasil misi di PC Fair yang berlangsung di Persada Johor 2minggu lalu, aku telah mempertingkatkan RAM kepada 2gb dan Graphic Card kepada 256mb DDR3 semata-mata kerana permainan Hellgate London.

Keseluruhannya aku kurang berpuas hati dengan Graphic Card ni kerana aku masih mengalami masalah pergerakan watak yang lembab bila semakin tinggi level dimainkan. Malah telah crash sekali ketika memainkan Hellgate London. Aku menggunakan Graphic Card dari jenama Expert Vision yang merupakan sepupu sepapat dengan Palit tetapi harga yang jauh lebih murah.

Untuk 256mb DDR3 dari teknologi Nvidia 8500GT Sonic Specs, aku telah melaburkan sejumlah RM260. Jauh lebih murah dari keluarga 8500GT yang lain yang rata-ratanya masih menggunakan platform DDR2. Aku digula-gulakan dengan kemampuan GPUnya yang telah di’overclocked’kan dengan kelajuan mencapai 800mhz pada core dan 1200mhz pada memory. Tapi ternyata masih tak mampu untuk menangani Hellgate London yang hanya aku setkan pada platform DirectX9. Mungkin aku harus melaburkan sehingga RM500 untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Mungkin 8600GT 256mb DDR3?

Walau apa pun, ia lebih dari mencukupi untuk permainan Fifa08 dan FM08 yang sudah pun mula membosankan aku. Di dalam FM08 aku yang memilih Carlisle sebagai kelab untuk diuruskan masih lagi belum menghabiskan musim 2007/2008. FM08 tak jauh beza dengan FM07 kecuali paparan yang lebih menarik, senarai pemain yang telah diupdatekan dan tambahan beberapa fungsi pengurusan kelab.

Tapi disebabkan aku kini sudah mula bosan dengan Hellgate yang memaparkan lokasi yang hampir sama setiap kali satu-satu misi perlu diselesaikan, aku kembali kepada FM08. Setelah mengharungi 40 perlawanan pada musim 07/08, kelab diuruskan aku kini berada di tangga ke 2 di belakang Swansea dengan perbezaan 2 mata. Pernah beberapa ketika aku berjaya menduduki tangga teratas liga sebelum dipintas oleh Swansea disebabkan oleh masalah kecederaan dan penggantungan pemain. Kini aku sedang berusaha untuk memintas semula Swansea dengan baki perlawanan liga.

Tinggalkan komen

Filed under My story, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s