Keputusan Fantasy EPL Minggu ke 19 Boxing Day

Huh! Sungguh menyirap darahku ketika melihat beberapa perlawanan semalam. Aku sempat menyaksikan pertemuan Man U dan Sunderland, Chelsea dan Aston Villa dan Liverpool dan Derby County.

Mata terkumpul aku hanya 36 di bawah average 48 dan paling tinggi adalah 108. Ronaldo menyumbangkan 18 mata hasil 1 gol dan kerana dia kujadikan kapten pasukan. Fabregas hanya menyumbangkan 3 mata ketika Arsenal hanya seri 0-0 dengan Portsmouth. Manakala Evra, Mascherano dan Tevez tidak diturunkan langsung. Tiada mata dari mereka.

Tiada seorang pemian Chelsea telah aku bariskan pada ketika CHelsea seri 4-4 dengan Aston Villa. Tiada juga pemain dari The Spurs yang membelasah Fulham 5-1.

Man U tidak membariskan kesebelasan utama terkuat mereka. Evra, Anderson, Giggs dan Tevez direhatkan setelah berhempas pulas menentang Everton sebelum perayaan hari Natal. Nani dan Saha kembali mengisi tempat Giggs dan Tevez. Manakala Rooney bertindak sebagai pemain sokongan kepada Saha dan paling menyerlah semalam dengan sumbangan 1 gol dan 1 assist. Tempat Evra diisi oleh O’Shea. Park Ji Sung turut kembali dari kecederaan menggantikan Ronaldo yang mengalami kecederaan pada awal separuh masa kedua.

Kualiti permainan jelas menunjukkan perbezaan ketara di antara Man U dan Sunderland. Walaupun dibimbing oleh bekas pemain Man U, Roy KEane, mereka sering kehilangan bola di bahagian tengah dan serangan mereka tidak teratur selain permainan yang tidak tersusun dan bercelaru. Sebaliknya Man U mengambil kesempatan di atas kelemahan tersebut dengan jaringan 4 gol mudah.

Liverpool bernasib baik menjaringkan gol kemenangan melalui Gerrard setelah perlawanan seakan berakhir dengan seri 1-1. Pertemuan menentang Derby sepatutnya tidak mendatangkan masalah buat pasukan yang telah membelasah Portsmouth 4-1 memandangkan Derby adalah pasukan terbawah Liga.

Manakala Chelsea lebih tidak bernasib baik apabila Barry menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir permainan untuk mengikat seri 4-4. Sheva menjaringkan 2 gol untuk Chelsea manakala Maloney turut menjaringkan 2 gol untuk Aston Villa.

Arsenal hanya sekadar seri tanpa jaringan dengan Portsmouth, pasukan yang telah dibelasah oleh Liverpool sebelumnya.

Perlawanan minggu ke 20 akan menyusul pada hujung minggu ini. Aku tak akan menaruh harap pada para pemain Liverpool lagi kecuali Torres.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s