Keputusan Fantasy EPL Minggu ke 18

Mata keseluruhan yang berjaya dikumpul, 77 mata.

Ronaldo menyumbangkan 30 mata kerana dia kujadikan kapten dan hasil 2 gol, manakala Fabregas menyumbangkan 10 mata. Anelka terus konsisten dengan purata satu gol setiap perlawanan dan semalam menyumbat 2 gol untuk Bolton. Tevez juga cemerlang walaupun tidak menjaringkan sebarang gol dengan 5 mata. Penjaga gawang Jaaskelainen menyumbangkan 6 mata buat aku.

Tak banyak mata yang disumbangkan dari pemain pertahanan yang aku bariskan semalam. Evra-1, Toure dan Knight-2, Hyppia-3. Manakala Barry-1 dan Davies pula 2.

Perlawanan semalam menyaksikan Man U menundukkan Everton 2-1 dengan gol kedua diperolehi hasil sepakan penalti di akhir perlawanan. David Moyes ternyata kecewa dengan keputusan tersebut pada ketika beliau sudah hampir meraikan perkongsian 1 mata dengan Man U. Beliau mengeluarkan Yakubu digantikan dengan pemain tengah bertahan Gravesen dengan hanya Andy Johson sebagai penyerang tunggal di 15-10 minit terakhir. Tetapi kesilapan Pienaar seorang pemain sayap membuat bentesan di dalam kotak penalti terhadap Giggs sama sekali meranapkan harapan penyokong Everton.

Man U kelihatan kekurangan idea di bahagian tengah. Manakala Tevez, Rooney dan Ronaldo gagal untuk melepasi benteng kental Everton yang dibarisi oleh Lescott, yang dilihat beberapa kali berjaya mengekang larian-larian pantas Ronaldo dan Tevez. Man U sememangnya memerlukan seorang penyerang yang posisinya membelakangkan gawang iaitu seorang yang boleh mengawal hantaran jauh sambil menunggu pemain sayap kiri dan kanan membuat larian. Ini dilihat sebagai usaha untuk mengatasi kegagalan jentera tengah yang tampak kekurangan idea sejak ketiadaan Scholes. Louis Saha dimasukkan oleh Sir Alex bagi melaksanakan tugas tersebut dan beliau berjaya.

Pertemuan di antara Arsenal dan Spurs di stadium Emirates lebih dramatik. Spurs seakan berjaya mengatasi penguasaan bola oleh Arsenal. Taktik pressing di bahagian tengah berjaya mengganggu rentak hantaran-hantaran pendek Arsenal. Malah mereka hampir menyamakan kedudukan melalui rembatan Robie Keane yang mengenai palang gol hasil serangan balas yang digerakkan oleh Aaron Lennon. Pemain sayap muda itu ternyata punca masalah buat benteng pertahanan The Gunners dan mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui rembatan kencang oleh Berbatov dari sudut sukar menewaskan Almunia.

Spurs juga hampir mendahului hasil serangan balas Lennon dan Berbatov yang menghadiahkan mereka sepakan penalti. Tetapi Robie Keane yang mengalami sedikit masalah keyakinan diri gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Beliau terus dikeluarkan digantikan dengan Defoe. Sebaliknya, Arsene Wenger yang memasukkan Bentdner menggantikan Hleb bagi menguatkan jentera serangan terus berjaya mendahului. Sentuhan pertama Bentdner terus menerjah gawang hasil tandukan sepakan sudut.

Perlawanan lain, aku tak menonton sepenuhnya. Liverpool membelasah Portsmouth 4-1 dengan 2 dari gol dijaringkan oleh Torres dan satu darinya dijaringkan oleh pemain pertahanan Portsmouth, Distin. Portsmouth sememangnya bukan tandingan Liverpool dan barisan pertahanan mereka sama sekali gagal menangani tekanan serangan bertali arus Liverpool.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s