Fantasy Premier League Minggu ke -18

Aku dah pun update pasukan Fantasy aku dan membuat rombakan besar-besaran.

Ronaldo dan Fabregas kembali mengisi tempat  di bahagian tengah di bantu oleh Davies dari Fulham dan Gareth Barry berdasarkan prestasi masing-masing yang konsisten dan pasukan lawan yang bakal mereka hadapi. Di bahagian pertahanan, aku membariskan Knight dari Aston Villa, Toure, Evra dan Hyppia. Manakala di bahagian serangan, aku mengharapkan Teves akan terus mengganas di samping Anelka yang kini sedang dipancing oleh Chelsea.

Di bahagian gawanag, aku meletakkan Jaaskelainen dari Bolton yang bakal menghadapi Birmingham. Bolton ketika ini agak cemerlang prestasinya dan diharapkan tidak menghadapi masalah bila berdepan dengan Birmingham City.

Mungkin aku patut membariskan lebih ramai pemain dari Liverpool memandangkan kem Liverpool kini amat bersemangat memberikan sokongan penuh kepada Benitez untuk terus menjadi peneraju Kelab walaupun tewas 0-1 kepada Man U minggu lalu. Apatah lagi mereka masih di dalam momentum prestasi cemerlang di peringkat Eropah. Tapi rata-rata pemain Liverpool berharga agak tinggi hingga sukar untuk aku membariskan pemain lain yang mempunyai konsistensi yang tinggi menyumbangkan mata dalam Fantasy EPL.

Apa pun, mari lihat siapa yang kena minggu ni.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s