Dunia Bola Sepak Aku Part X

Dah agak lama juga aku tidak menulis di dalam blog ni. 2-3 minggu? Begitulah lebih kurang. Dan post kali ni pun aku letak sebagai Part X kerana Part IX yang telah aku tulis sebelumnya tidak sempat kusiapkan. Akan aku siapkan dan terbitkan nanti.

Sebenarnya aku agak kesibukan dan kesuntukan masa walaupun sebanyak 24 jam diperuntukkan untuk manusia dalam sehari. Ada beberapa tugasan yang perlu aku beri keutamaan ngetop untuk dibereskan. Dan dalam pada itu aku juga mengalami kecederaan sebanyak 2 kali di tempat yang sama akibat latihan dan bermain bola sepak. Akibatnya aku tak update Fantasy Team aku untuk EPL dan UEFA. Aku tau aku hanya berjaya mengumpul mata yang paling sikit.

Selepas perlawanan persahabatan menentang pihak KPDNHEP cawangan Johor Bahru pada hari Jumaat 30 November lalu, aku hadir untuk sesi latihan tak rasmi pada hari Sabtu dan Ahad 1 dan 2 Disember lalu. Permainan di padang kecil di antara kenalan dari Majlis Agama Islam Johor dan beberapa kenalan berbangsa Cina yang hanya aku kenal melalui permainan suka-suka Sabtu dan Ahad sejak sebelum bulan Puasa.

Kecederaan pertama aku alami pada hari Ahad 2 Disember akibat kurang regangan dan padang tidak rata. Buku lali kiri aku terseliuh sewaktu cuba membuat clearance. Walaupun rasa sakit yang amat sangat dan terhincut sekejap, aku teruskan juga permainan kerana kurasakan masih boleh bertahan. Kesakitan maksima dirasakan setelah sampai di rumah dan pada malamnya walaupun aku telah menuam kawasan yang membengkak dengan bungkusan kain berisi air batu.

Kesakitan beransur reda setelah aku mengenakan ankle support sepanjang minggu sambil kulumurkan pelbagai jenis minyak angin ke kawasan yang sakit. Aku tak pergi berurut kerana merasakan tidak serius.

Dek kerana minat ditambah dengan bosan tidak menyepak bola selama beberapa hari, aku terima pelawaan seorang rakan untuk bermain futsal dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan futsal dari Bank Islam cawangan Bukit Timbalan pada 5 Disember. Walhal aku telah menolak untuk bermain futsal dengan rakan sepasukan yang lain pada malam 4 Disember kerana masih terasa ngilu pada buku lali.

Perlawanan futsal pada 5 Disember berlangsung tanpa sebarang kejadian yang tak diingini ke atas kecederaan aku dan aku sememangnya amat berhati-hati serta tidak terlalu agresif. Sementelah pula aku hanya bermain selama lebih kurang 20 minit, sekadar mencari peluh.

Kecederaan kedua berlaku pada malam kelmarin, 11 Disember di gelanggang futsal yang sama dalam satu perlawanan persahabatan di antara rakan sepasukan dengan pasukan yang aku sertai ketika perlawanan futsal pada 5 Disember lalu. Tanpa sempat memanaskan badan dan regangan, aku telah diminta masuk menggantikan rakan yang telah kehabisan tenaga. Lebih tepat lagi, aku yang sememangnya hadir lewat ke gelanggang, telah diminta bermain sebaik saja siap mengikat tali kasut. Akibatnya, aku keluar semula selang 3 minit kemudian.

Apa yang berlaku, perlawanan agak hangat pada malam tu dengan kedua-dua pasukan agak agresif dan sering membuat rembatan semaksimum yang boleh. Aku bermain agak defensif dan ketika tu aku sedang mengawal seorang pemain yang sedang mengawal bola dari sebelah kanan. Aku membuat andaian yang pemain tersebut akan membuat rembatan ke arah pintu gol kerana sudut semakin kecil. Andaian aku tepat dan aku secara spontan menghulurkan kaki kiri membuat tampanan rembatan yang agak padu tersebut. Tampanan aku tepat dan rembatannya lebih kuat dari yang aku jangkakan. Akibatnya, kaki aku tak dapat menahan impak bola yang kena tepat di bahagian dalam buku lali sebelah kiri aku menyebabkan kaki aku hilang imbangan dan mendarat tidak tepat ke atas gelanggang.

Aku terasa sejuk seketika akibat kesakitan yang amat sangat. Kaki kiri aku mula menggigil dan dengan terhincut-hincut aku keluar dari gelanggang dan duduk di luar gelanggang sehingga perlawanan tamat.

Kecederaan aku agak serius, kerana buku lali terus membengkak walaupun mengenakan ankle support. Aku hanya menuamnya dengan ais sekembalinya aku dirumah pada malam tu. Hanya keesokan harinya barulah aku pergi berurut yang pada pendapat aku bukanlah berurut dalam erti kata sebenar kerana tukang urut hanya menuam kaki aku dengan span yang telah dicelup ke dalam air panas becampur garam dan melumurkan buku lali aku dengan asam jawa dan param. Memang berbeza dengan kaedah kedoktoran biasa. Alasannya mudah dan logik. Air panas untuk melancarkan perjalanan darah, asam jawa untuk melembutkan otot dan garam sebagai penawar bisa. Aku juga diberi makan pil tahan sakit dan minum jamu yang rasanya seakan ubat batuk dibancuh dengan air suam. Hasilnya agak menakjubkan aku.

Selain dari kecederaan buku lali akibat bermain bola sepak, aku turut mengalami kecederaan lain yang tidak melibatkan bola sepak. Ibu jari kanan aku luka teruk akibat kurang berhati-hati ketika proses membuka penutup ruang CD-Drive di PC.

Kejadian berlaku pada Sabtu 8 Disember lalu. Aku agak kecewa bila mendapati kebanyakan PC game yang hebat-hebat di datangkan dalam bentuk DVD-ROM tanpa menyedari yang sebenarnya kad grafik aku tidak mencapai keperluan minimum untuk memainkan game tersebut.

Aku tertarik dengan promo, review dan demo Hellgate London dan Crysis. Dek kerana saiz game yang besar, DVD-Rom adalah storan yang kini semakin banyak digunakan oleh pembangun dan pereka PC game. Oleh tu aku pun tak bertangguh, mendapatkan seunit DVD-RW jenama Samsung dengan kelajuan 20x walaupun keupayaan grafik aku masih belum dipertingkatkan lagi. Aku memasang angan-angan jika aku masih belum dapat bermain Hellgate London atau Crysis, sekurang-kurangnya aku masih dapat bermain C&C Tiberium Wars dan BioHazard 4 atau Fifa08 dan FM08.

Dengan semangat berkobar-kobar aku terus pulang kerumah bermasa-sama DVD-RW yang baru dibeli dengan harga RM105 dan keempat-empat PC game yang aku sebut tadi. Masih terdapat 2 ruang kosong di PC aku dan aku memilih ruang paling atas di atas CD-RW aku.

Cubaan membuka penutup ruang tersebut menggunakan pemutar skru dari bahagian luar gagal. Aku tak terpikir sedikit pun untuk menunjal penutup tersebut dari sebelah dalam menggunakan pemutar skru yang lebih besar. Jadinya aku menggunakan tangan kanan dan menolak penutup tersebut dari dalam menggunakan jari. Cubaan secara lembut tidak berjaya kerana dihalang oleh 2 pasang klip dikiri dan kanan penutup tersebut di sebelah dalam. Aku mula menolak menggunakan sekuat tenaga. Praaap! Berjaya! Tapi…..

Aku merasa sakit di bahagian ibu jari kanan. Bila kutarik tangan ku perlahan-lahan keluar, aku dapat lihat darah mula meleleh keluar dari rongga luka seakan hirisan parang di ibu jari. Aku turut lihat kulit di bahagian tersebut terkoyak. Cepat-cepat aku mencapai tisu dan terus membalut luka tersebut. Darah terus meleleh keluar. Aku segera teringatkan pati gamat yang tersimpan di rak buku. Dengan segera aku sapukan pati tersebut ke luka dan menutupnya dengan kapas.

 

Pemasangan DVD-RW disudahkan oleh adik aku yang kebetulan berada di situ.

What a weekend!

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s