Monthly Archives: Disember 2007

Keputusan Fantasy EPL Minggu ke 19 Boxing Day

Huh! Sungguh menyirap darahku ketika melihat beberapa perlawanan semalam. Aku sempat menyaksikan pertemuan Man U dan Sunderland, Chelsea dan Aston Villa dan Liverpool dan Derby County.

Mata terkumpul aku hanya 36 di bawah average 48 dan paling tinggi adalah 108. Ronaldo menyumbangkan 18 mata hasil 1 gol dan kerana dia kujadikan kapten pasukan. Fabregas hanya menyumbangkan 3 mata ketika Arsenal hanya seri 0-0 dengan Portsmouth. Manakala Evra, Mascherano dan Tevez tidak diturunkan langsung. Tiada mata dari mereka. Teruskan membaca

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Keputusan Fantasy EPL Minggu ke 18

Mata keseluruhan yang berjaya dikumpul, 77 mata.

Ronaldo menyumbangkan 30 mata kerana dia kujadikan kapten dan hasil 2 gol, manakala Fabregas menyumbangkan 10 mata. Anelka terus konsisten dengan purata satu gol setiap perlawanan dan semalam menyumbat 2 gol untuk Bolton. Tevez juga cemerlang walaupun tidak menjaringkan sebarang gol dengan 5 mata. Penjaga gawang Jaaskelainen menyumbangkan 6 mata buat aku. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Fantasy Premier League Minggu ke -18

Aku dah pun update pasukan Fantasy aku dan membuat rombakan besar-besaran.

Ronaldo dan Fabregas kembali mengisi tempat  di bahagian tengah di bantu oleh Davies dari Fulham dan Gareth Barry berdasarkan prestasi masing-masing yang konsisten dan pasukan lawan yang bakal mereka hadapi. Di bahagian pertahanan, aku membariskan Knight dari Aston Villa, Toure, Evra dan Hyppia. Manakala di bahagian serangan, aku mengharapkan Teves akan terus mengganas di samping Anelka yang kini sedang dipancing oleh Chelsea.

Di bahagian gawanag, aku meletakkan Jaaskelainen dari Bolton yang bakal menghadapi Birmingham. Bolton ketika ini agak cemerlang prestasinya dan diharapkan tidak menghadapi masalah bila berdepan dengan Birmingham City.

Mungkin aku patut membariskan lebih ramai pemain dari Liverpool memandangkan kem Liverpool kini amat bersemangat memberikan sokongan penuh kepada Benitez untuk terus menjadi peneraju Kelab walaupun tewas 0-1 kepada Man U minggu lalu. Apatah lagi mereka masih di dalam momentum prestasi cemerlang di peringkat Eropah. Tapi rata-rata pemain Liverpool berharga agak tinggi hingga sukar untuk aku membariskan pemain lain yang mempunyai konsistensi yang tinggi menyumbangkan mata dalam Fantasy EPL.

Apa pun, mari lihat siapa yang kena minggu ni.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, Review

Dunia Bola Sepak Aku Part IX

Aku sangat jarang menonton perlawanan bola sepak tempatan samada peringkat Liga M mahupun Piala Malaysia mahupun Liga yang lebih kecil dari itu. Kenapa? Ada banyak faktor. Yang paling utama bagi aku, kurang menghiburkan.

Aku pernah menonton secara langsung di stadium beberapa perlawanan Liga M yang melibatkan Johor atau Johor FC. Juga 2 kali perlawanan akhir Piala Malaysia di stadium Bukit Jalil. Ketika Perak menentang Trengganu dan ketika Selangor menentang pasukan yang aku pun dah tak ingat. Juga beberapa perlawanan Liga M di Stadium Shah Alam yang melibatkan Selangor. Jangan salah sangka, aku bukanlah penyokong fanatik Merah Kuning.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Dunia Bola Sepak Aku Part X

Dah agak lama juga aku tidak menulis di dalam blog ni. 2-3 minggu? Begitulah lebih kurang. Dan post kali ni pun aku letak sebagai Part X kerana Part IX yang telah aku tulis sebelumnya tidak sempat kusiapkan. Akan aku siapkan dan terbitkan nanti.

Sebenarnya aku agak kesibukan dan kesuntukan masa walaupun sebanyak 24 jam diperuntukkan untuk manusia dalam sehari. Ada beberapa tugasan yang perlu aku beri keutamaan ngetop untuk dibereskan. Dan dalam pada itu aku juga mengalami kecederaan sebanyak 2 kali di tempat yang sama akibat latihan dan bermain bola sepak. Akibatnya aku tak update Fantasy Team aku untuk EPL dan UEFA. Aku tau aku hanya berjaya mengumpul mata yang paling sikit. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story