Keputusan UEFA Fantasy League Matchday-5 Part II

Chelsea menewaskan Rosenborg dengan jaringan 4-0. 2 darinya dijaringkan oleh Didier Drogba dan sekaligus menyumbangkan 10 mata kepada aku. Lampard hanya menyumbangkan 4 mata kepada aku dan agak kurang menyerlah permainan beliau pagi tadi. Sekadar seorang pemain tengah yang ditugaskan untuk mengedarkan (distribute)bola kepada semua pemain lain.

Penjaga gol Canizarez menymbangkan 6 mata kerana tidak bolos ketika Valencia hanya seri 0-0 dengan Schalke. Begitu juga dengan rakan sekelab pemain pertahanan Miguel yang menyumbangkan 7 mata kepada aku. Seedorf dari AC Milan hanya menuyumbangkan 2 mata ketika seri 1-1 dengan Benfica. Manakala rakan sekelab Pirlo yang kujadikan kapten di saat akhir menyumbangkan 14 mata hasil jaringan gol tunggal Ac Milan.

Keseluruhannya aku mengumpulkan 54 mata dimana average adalah 40 dan tertinggi adalah 99.

Ac Milan, Man U, Barcelona, Roma, Sevilla, Chelsea, Arsenal dan Inter Milan telah layak ke pusingan kalah mati. Saingan masih terbuka di kumpulan A dan C untuk 2 tempat. Liverpool yang beraksi cemerlang menewaskan Porto dengan jaringan 4-1 masih perlu menewaskan lawannya selepas ini, Marseille yang turut merebut tempat di samping Porto dalam kumpulan A. Porto dijangka tidak akan mempunyai masalah berdepan dengan Besiktas dan seterusnya layak. Akan tetapi Besiktas juga masih berpeluang andainya berjaya menewaskan Porto untuk mengutip 9 mata.

Pilihan pemain untuk Matchday-6 akan lebih menjurus kepada pemain dari kelab yang masih belum layak. Kelab-kelab yang sudah layak sudah hampir pasti merehatkan pemain utama mereka bagi menghadapi saingan liga tempatan. Tumpuan harus diberikan kepada pemain dari Liverpool, Porto, Real Madrid, Olympiacos, dan Rosenborg bergantung kepada setakat mana lawan mereka yang sudah layak kecuali Liverpool dan Real Madrid memberikan peluang untuk mereka mengutip 3 mata penuh.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s