Dunia Bola Sepak Aku : Part X

Aku terlewat sampai ke padang kerana masalah yang sepatutnya dapat aku elakkan tapi aku telah memilih untuk tidak mengelak. Akibatnya aku dimasukkan di separuh masa kedua sebagai pertahanan kiri. Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Johor Bar dan Singapura Professional telah pun berlangsung ketika aku sampai.

Ketika aku sampai ke padang, perlawanan telah dimulakan dan kami telah pun mendahului dengan satu gol. Satu permulaan yang baik. Aku tidak bercadang untuk terus menonton aksi-aksi pertemuan hangat tersebut kerana aku perlu melakukan regangan dan pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan. Ketika aku dan beberapa rakan pemain yang turut melakukan pemanasan badan di luar padang sibuk melakukan aktiviti menimbang bola, pasukan lawan berjaya menjaringkan satu gol.

 

Aku pun tak nampak camna gol tersebut dijaringkan dan kami tak dapat lihat sebarang ulang tayang kerana tidak dipancarkan secara langsung. Kalau tak salah aku, melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti. Hasil pemerhatian aku yang sekejap-sekejap, pasukan lawan mengasak bertali arus dan kami seakan-akan hilang rentak permainan dan hilang punca. Beberapa kali aku lihat pasukan lawan membuat percubaan-percubaan ke arah pintu gol kami, tapi berjaya dinafikan oleh penjaga gol kami yang bertindak agak cemerlang pada hari itu.

Tidak dinafikan bahawa pasukan Singapura ternyata mempunyai kelebihan stamina. Rata-rata aku lihat mereka sentiasa berlari mengejar bola dan membuka ruang di sebelah kanan dan kiri padang. Sebaliknya kami lebih banyak berjalan makan angin di tengah padang. Sesekali ada juga larian dibuat oleh penyerang tapi hanya mengejar angin kerana gagal mengawal bola yang dilorongkan.

Formasi 4-3-3 tidak begitu berkesan buat kami yang sudah biasa dengan formasi 4-4-2. Tiada pemain sayap digunakan. Hanya mengharapkan 3 penyerang membuka ruang di kiri dan kanan padang untuk memberikan laluan kepada pemain tengah membuat larian ke hadapan. Namun disebabkan tahap stamina yang rendah, kebanyakan bola hilang di bahagian tengah.

Aku ditugaskan mengawal pemain sayap kanan mereka yang pada aku tidaklah begitu pantas berlari. Tapi pemain tengah mereka yang lebih berstamina begitu cepat memberikan sokongan.  Walaupun aku berjaya menghalang pemain sayap mereka membawa bola masuk dari bahagian tepi dan membuat hantaran silang ke bahagian tengah, aku tetap tidak dapat berbuat apa-apa bila bola dihantar ke pemain tengah mereka yang memberikan sokongan. Pemain yang memberikan sokongan dari tengah inilah yang membuat hantaran bola kepada penyerang mereka. Hanya penyerang mereka yang kurang cekap memanfaatkan peluang yang begitu banyak.

Keseluruhan permainan aku, agak memuaskan walaupun tidak begitu baik sebenarnya. Aku lebih banyak membuat clearance tanpa arah kerana tiada pemain tengah yang datang meminta bola. Terdapat 2 senario dimana bola di kaki aku dan tiada seorang pun pemain rakan yang membuka ruang atau membuat larian. Akibatnya aku hanya membuat hantaran jauh ke bahagian hadapan tanpa disambut oleh sesiapa. Rakan pemain yang lain juga hanya mendiamkan diri menyukarkan aku untuk membuat hantaran pendek tanpa menghadapi risiko dipintas.

Walau apa pun, tiada bentesan keras dari aku. Malah tiada bentesan langsung yang aku lakukan kerana aku tidak begitu cekap menghulurkan kaki kiri untuk membuat bentesan. Cukup sekadar membahu sahaja.

Dari pengamatan aku, pemain lawan lebih agresif dan sering membuat bentesan bahaya dari arah belakang selain tolakan ketika merebut bola di udara. Selain itu mereka juga banyak berlakon apabila berlaku sentuhan minima. Hasilnya satu sepakan penalti diberikan memihak mereka.

Seterusnya, hanyalah sejarah……………

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s