Keputusan Fantasy Premier League Minggu 14

Mata keseluruhan yang berjaya dikumpul minggu ni hanya 41 tak termasuk perlawanan yang melibatkan Blackburn Rovers dan Aston Villa pada 28/11/2007 nanti. Average hanyalah 38 dan paling tinggi adalah 100.

Kali ni aku menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Drogba dan Benjani di hadapan. Drogba telah tidak diturunkan ketika Chelsea hanya menang 2-0 ke atas Derby County. Manakala Benjani hanya menyumbangkan 4 mata ketika Portsmouth menewaskan Birmingham City 2-0. Tiada gol dari Benjani. Hanya satu ‘assist’.

Pemian dari Man City yang aku letakkan di bahagian tengah dan pertahanan tidak banyak menyumbangkan mata walaupun Man City menewaskan Reading 2-1. Elano yang hanya bermain selama 57 minit hanya menyumbangkan 1 mata kepada aku. Manakala Corluka yang aku turunkan di bahagian pertahanan hanya bermain selama 42 minit dan hanya menyumbangkan 1 mata buat aku.

Man U tewas 0-1 kepada Bolton Wanderers dan Evra hanya menyumbangkan 2 mata kepada aku. Begitu juga dengan Bentley di bahagian tengah. Aku harap Bentley dapat memperbaiki prestasi ketika menentang Aston Villa kelak di tempat sendiri. Agbonlahor yang aku gugurkan disaat akhir telah menjaringkan gol untuk Aston Villa ketika menentang Middlesbrough. Manakala Carlton Cole yang beraksi bersama West Ham ketika seri 1-1 dengan Hotspurrs juga telah menjaringkan gol dan aku hanya meletakkan beliau sebagai pemain simpanan. Tapi aku pun kurang pasti kenapa Cole tidak dimasukkan menggantikan Drogba yang tidak bermain langsung. Malah Hamman dari Man City yang aku letakkan sebagai pemain simpanan di turutan pertama juga tidak dimasukkan bagi menggantikan Drogba. Aku akan baca balik peraturan liga ni nanti.

Satu lagi minggu yang mengecewakan aku.  

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s