Dunia Bola Sepak Aku: Part VIII

Hari ni pasukan aku akan menghadapi satu perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa dengan pasukan profesional Singapura. Bukan pemain bola sepak profesional, tapi pemain-pemainnya terdiri dari para pengamal undang-undang Republik tersebut. Lawyer.

Walaupun perlawanan persahabatan ni tak termasuk dalam jadual perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA, aku tetap katakan ia satu perlawanan persahabatan antarabangsa kerana melibatkan dua negara iaitu Johor Bahru (bukannya Malaysia) dan Singapura. Para pemain pasukan aku rata-ratanya tinggal di Johor Bahru walaupun ada di antaranya berasal dari Kelantan, Perak, Sabah dan Selangor.

Persiapan ala kadar telah dibuat. Walaupun ini hanyalah perlawanan persahabatan, tapi kami melihat ianya satu perlawanan yang besar dan penting. Sudah dua kali aku menyertai perlawanan persahabatan ni dan tahun ni adalah kali ketiga. Aku dimaklumkan oleh pengurus pasukan bahawa perlawanan persahabatan ni sepatutnya berlangsung setiap tahun. Namun sepanjang 6 tahun aku menyertai pasukan ni, ini baru kali ketiga aku rasakan perlawanan persahabatan ni berlangsung. Apa jadi sebelum tu aku pun tak tau.

Sesi latihan ringan telah pun dibuat dan sesi perlawanan pemanas badan telah pun dilangsungkan sebanyak 2 kali minggu lepas. Satu perlawanan melibatkan perlawanan persahabatan menentang pasukan veteran Johor dimana kami tewas 3-5. Satu lagi perlawanan menentang pasukan kelab yang bertanding untuk Liga Datuk Bandar, pun kami tewas 2-3.

Perlawanan persahabatan dengan profesional Singapura yang pertama aku sertai menyaksikan kami menang besar 6-2 di tempat sendiri dengan aku menjaringkan satu gol hasil gerakan dari posisi kegemaran aku, sayap kiri.

Tapi perlawanan kedua di tempat lawan menyaksikan kami dibelasah 6-0. Aksi perlawanan kedua lebih ganas dengan bentesan-bentesan keras dan kasar seolah-olah perlawanan terakhir merebut satu slot ke peringkat akhir Piala Dunia. Permainan fizikal adalah salah satu faktor kekalahan kami selain tidak biasa dengan keadaan padang yang kami rasakan lebih kecil dari saiz standard dan kawasan sekeliling padang yang dikelilingi oleh rumah pangsa membuatkan kami seolah-olah klaustrofobia. Panik bila berada di tempat terkurung.

Aku dapat rasakan perlawanan hari ini akan lebih hangat. Aku sangat menantikan pertemuan ni dan mengharapkan aku dapat bermain sepenuh masa walaupun tidak 100% sihat.

Sudah lebih seminggu aku dilanda selsema akibat tidur agak lewat kerana ketagih bermain FM07. Jika bermain FM07, sebagai pengurus kelab, aku akan menghantar pulang pemain yang dijangkiti selsema kerana takut ianya akan merebak ke pemain-pemain lain di akedemi. kali ni aku sendiri yang dilanda selsema. Perlukah aku menghantar diri aku sendiri pulang dan melepaskan peluang untuk bermain dalam satu perlawanan yang agak kompetitif?

Sudah lebih seminggu juga aku tidak melakukan apa-apa aktiviti sukan bagi mengekalkan stamina. Hanya malam semalam aku menggagahkan diri bermain futsal dalam satu perlawanan persahabatan yang agak kompetitif juga. Aku berjaya menjaringkan 4 gol dan hampir pitam sebaik tamat perlawanan. Agak bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Sekurang-kurangnya aku berjaya mengerahkan otot jantung aku bekerja keras mengepam lebih banyak darah dengan lebih pantas bagi membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Dan aku mengharapkan aku dapat bermain dengan baik petang ni. Tak score pun takpe asalkan bermain dengan baik.

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s