Dunia Bola Sepak Aku – Edisi Khas Mokhtar Dahari: Part I

Aku dapat data ni dari sebuah laman web http://www.rsssf.com/tablese/eng-b-intres-det.html waktu aku mengumpulkan data mengenai Allahyarham SuperMokh. Aku tidak berpeluang untuk melihat Allahyarham SuperMokh beraksi dalam skuad kebangsaan samada di pentas perlawanan persahabatan, Olimpik atau Asia. Tapi aku banyak membaca mengenai kehebatan beliau sebagai salah seorang penyerang yang digeruni diperingkat Asia.

Aku ada terbaca bahawa pasukan Kebangsaan pernah seri dengan pasukan England B dengan gol tunggal bagi pasukan kebangsaan dijaringkan oleh Allahyarham. Jadi aku pun tertanya-tanya, siapakah pemain yang beraksi dalam skuad B England tersebut? Inilah dia senarainya.

FRIENDLY INTERNATIONAL
30/05/1978, Kuala Lumpur, Merdeka Stadium, 45.000
MALAYSIA 1-1 ENGLAND B [HT 1-1]
Scorers:
Malaysia: Mokhtar Dhari
England B: Alan Kennedy

MAL: Rashid Hassan, Jamai Nasir, Yahya Jusch, Soh Chin Aun, Santokh
Singh, Shukor Sallem, Abdah Alif, Yip Chee Keong, Nasir Ibrahim, Mokhtar
Dahari, Abdullah Ali [Subs Used: Yaahhub, Abdullah]
ENGLAND B:
Joe Corrigan                 [Manchester City]          [2/0]
Viv Anderson                 [Nottingham Forest]        [1/0]
Alan Kennedy                 [Newcastle United]         [2/1]
Brian Talbot                 [Ipswich Town]             [1/0]
Steve Sims                   [Leicester City]           [1/0]
> Glenn Roeder               [Orient]                   [1/0]
David Needham                [Nottingham Forest]        [2/0]
John Hollins                 [Queen’s Park Rangers]     [1/0]
> Gary Owen                  [Manchester City]          [2/0]
Steve Daley                  [Wolverhampton Wanderers]  [1/0]
Paul Mariner                 [Ipswich Town]             [2/0]
John Richards                [Wolverhampton Wanderers]  [1/0]
> David Geddis               [Luton Town]               [1/0]
Gordon Hill                  [Derby County]             [2/0]
[COACH: Bobby Robson]

Aku tak tau simbol [1/0] atau [2/0] mewakili apa tapi pemain-pemain yang mewakili skuad England B dalam perlawanan tersebut juga merupakan pemain-pemain yang agak hebat. Dalam tahun yang sama pada bulan Jun (ketika kejohanan Piala Dunia sedang berlangsung di Argentina), skuad yang sama dengan dibarisi hampir kesemua pemain yang sama telah membelasah skuad Singapura A dengan jaringan 8-0, rekod jaringan terbanyak setakat ini bagi Skuad England B. Malah pada bulan Feb sebelumnya dalam tahun yang sama, Skuad B England tersebut telah mengalahkan Skuad B German Barat 2-1 dalam perlawanan persahabatan pertama bagi Skuad England B selepas kali terakhir pada tahun 1957.

Joe Corrigan adalah penjaga gawang dan lagenda Man City yang pernah bermain sebanyak 600 perlawanan untuk kelab tersebut dari tahun 1967-1983 dan 9 penampilan antarabangsa bersama skuad England A. Manakala Viv Anderson dari Not Forest adalah pemain kulit hitam pertama yang mewakili Skuad B England. Juga dibarisi oleh Allan Kennedy, seorang pemain Newcastle United dan juga Liverpool yang menjaringkan gol-gol hebat dalam perlawanan peringkat liga dan Eropah pada tahun 80an dan kini seorang pengulas sukan di Sky TV. Nama beliau juga disenaraikan di tempat ke 31 dalam senarai 100 pemain Liverpool terhebat sepanjang zaman sejak tahun 1892.

Juga dibarisi oleh Glenn Roeder yang pernah menjadi pengurus kelab West Ham pada tahun 2001-2003, Newcastle pada tahun 2006-2007 dan kini Norwich City. Brian Talbot yang pernah bermain untuk kelab Arsenal sebanyak 327 kali dan menjaringkan sebanyak 47 gol pada tahun 1979-1985 juga pemegang rekod pemian paling banyak bermain untuk Arsenal dalam satu musim iaitu sebanyak 70 perlawanan dalam musim 1979-1980, Paul Mariner dan Gordon Hill, antara nama-nama besar lain dalam skuad tersebut.

Bukan calang-calang rupanya skuad England B. Namun pasukan kebangsaan England gagal untuk layak dalam pentas Piala Dunia 1978 di Argentina. Walaupun bukan calang-calang, tapi bukanlah yang terbaik di dunia.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s