England Tak Layak!: Part II

Mungkin terlalu awal untuk aku menidakkan England dalam saingan Euro 2008. Rusia masih perlu menumpaskan Andorra bagi menidakkan terus peluang England. Tapi bagi aku, England sememangnya tidak layak untuk terus bersaing dalam kancah Euro 2008. Corak permainan yang membosankan, tiada kreativiti, pengurus pasukan yang gagal mencorakkan taktik dan strategi terbaik dan tiada pemain yang betul-betul cemerlang dari segala segi sejak zaman George Best.

Kat mana sebenarnya Andorra ni? Aku pun baru tau tadi lepas baca beberapa artikel.

Negara Andorra ni terletak di antara Sepanyol dan Perancis. Sebuah negara yang kecil dan hanya mempunyai populasi seramai 71 ribu penduduk sahaja. Namun penduduk Andorra mempunyai kadar jangka hayat yang paling tinggi di dunia iaitu 83 tahun secara puratanya. Andorra juga lebih dikenali dikalangan pelancong kerana mempunyai resor-resort ski yang berjaya menarik seramai 9 juta pelancong setiap tahun. Seluruh Andorra juga diisytiharkan kawasan bebas cukai. Pelancongan adalah sumber ekonomi utamanya kerana hanya 2% daripada muka bumi Andorra yang sesuai untuk pertanian khususnya tembakau.

Kebanyakan penduduknya juga bukanlah penduduk asal. Lebih 60% penduduknya adalah terdiri dari bangsa Sepanyol, Perancis, Itali, Portugis dan Inggeris dan bahasa kebangsaannya adalah Catalan. Majoriti penduduknya mengamalkan agama Roman Katholic. Jangan tak tau bahawa Andorra tidak mempunyai angkatan tentera. Namun keselamatannya dipertanggungjawabkan kepada Sepanyol dan Perancis.

Mempunyai sebuah stadium di Andorra La Vela dengan kapasiti seramai 1000 orang, Andorra berada di kedudukan ke-132 dalam ranking bola sepak (Malaysia di tangga ke-157 walaupun pernah berada di tangga 75 pada 1993). Pertubuhan bola sepak Andorra hanya ditubuhkan pada 1994 dan hanya menyertai UEFA pada 1996. Sejak itu sebanyak 18 perlawanan telah diserta pada peringkat UEFA, kalah kesemuanya dengan hanya 4 gol berjaya dijaringkan dan sebanyak 46 gol bolos. Aku rasa Malaysia patut membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan Andorra bagi membolehkan statistik jaringan Andorra meningkat dan bukannya Maldives.

Namun Andorra diperingkat antarabangsa pernah juga memenangi beberapa perlawanan persahabatan dan pernah juga mengalahkan Macedonia dengan 1-0 di pentas kelayakan Piala Dunia pada 2006.

Pemain yang paling menyerlah di Andorra adalah penjaga gol, Koldo. Beliaulah pemain yang paling mendapat tumpuan kerana paling banyak bekerja keras mempertahankan statistik jaringan supaya tidak bertambah walaupun selalunya gagal.

Berbanding Rusia?

Jadi, wajarlah bila aku menidakkan peluang England seawal semalam dalam saingan EURO 2008 walaupun perlawanan Rusia menentang Andorra masih belum lagi berlangsung. Adalah lebih baik memberikan tempat kepada pasukan Scotland daripada membiarkan England layak di atas kekalahan Rusia kepada Andorra.

Dan Steve McClaren dan pembantunya telah pun dipecat.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s