Dunia Bola Sepak Aku: Part VII

Aku baru tau yang Football Manager 2008 dah dilancarkan dan sudah berada di pasaran. Takde pulak aku nampak kat kedai. Mungkin belum sampai lagi kot.

Aku dah agak lama meninggalkan Championship Manager (CM). Sejak diperkenalkan dengan Football Manager (FM) oleh seorang rakan, aku terus ketagih, sama macam waktu mula-mula menceburkan diri bermain CM02. Dari pagi sampai ke petang sampai ke malam sampai ke pagi balik sampai jahanam PC aku yang waktu tu hanya menggunakan teknologi AMD-K6 586 dengan hanya 16MB RAM.

Yang buat aku ketagih pasal kedua-dua permainan ni adalah ia memberi peluang kepada orang-orang macam aku yang kemaruk bola sepak untuk menjadi pengurus kelab bola sepak. Aku selalu berkata pada rakan yang suka cakap macam dia tau sangat pasal taktik dan strategi mana-mana pasukan bola sepak-‘kalau kau terer sangat, kau tryla main CM!’.

Walau sebagus mana pun pemain yang seseorang pengurus miliki, ia tidak menjamin kemenangan pasukan dalam satu-satu perlawanan kerana bola sepak dimainkan oleh 11 orang sepasukan dan ada 22 orang di atas padang dalam satu-satu perlawanan. Bola hanya sebiji dan hanya ada 2 pintu gol. Para pemain pulak bukannya robot. Mereka juga punyai perasaan. Bila moral jatuh, Ronaldinho pun main tak bagus. Silap-silap boleh menjadi punca kekalahan pasukan. 

Tapi dalam CM, aku boleh save sebelum satu-satu perlawanan dan reload balik bila aku tak puas hati dengan kekalahan. Mana tak puas hati bila Real Madrid yang aku uruskan kalah dengan Getafe. Boleh kena pecat, beb.

Berbanding CM, FM lebih realistik dengan data satu-satu pemain yang lebih kemas dan berfungsi. Dalam satu-satu perlawanan di tempat lawan, pasukan tuan rumah sudah pasti akan mengaplikasikasikan corak serangan kerana mereka mempunyai moral yang tinggi sekaligus memberikan keyakinan yang tinggi dek sokongan penyokong. Jadi aku akan mengatur strategi berbeza dengan format 4-1-4-1 bergantung kepada kekuatan pasukan lawan.

Seorang penyerang yang berupaya menyimpan bola lebih lama akan digunakan berseorangan dalam taktik serangan balas. Penyerang sebegini selalunya mempunyai ciri-ciri seorang pemain yang kuat fizikalnya, tinggi stamina dan daya juang, berkeupayaan tinggi untuk bola tinggi dan mempunyai kebolehan hantaran tepat. Sebagai contoh, Emile Heskey atau Berbatov. Pemain sebegini akan mengawal bola yang dikeluarkan oleh rakan di barisan pertahanan sementara menunggu rakan di bahagian sayap membuat larian serangan pantas.

Seorang pemain tengah bertahan akan digunakan sebagai pelindung kepada barisan 4 pemain pertahanan. Pemain ini biasanya mempunyai ciri-ciri penyerang di atas ditambah dengan keupayaan melakukan marking, konsentrasi yang tinggi dan kebolehan merebut bola atau tackling. Contoh yang boleh dilihat seperti Essien atau Makelele atau Roy Keane.

Kesemua faktor yang perlu diambil kira ni, wujud dalam permainan FM disamping faktor lain seperti moral pemain, half-time team talk yang amat penting selain strategi dan taktik permainan.

Kalau dulu aku suka menguruskan kelab-kelab besar yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan boleh menarik minat pemain-pemain bintang untuk bermain di kelab, sekarang ni aku lebih suka menguruskan kelab-kelab kerdil. Kelab yang pernah aku uruskan dalam permainan FM adalah Brentford dan Carlisle United dari Div 1, Man City sebelum pengambil alihan Thaksin, Leeds dari Championship dan kini Bristol City juga dari Div 1 Liga Inggeris. Aku pun pernah menguruskan kelab Regianna dari Serie B dan dan Levante yang kini berada di Div 1 (dulu Div 2).

Cabarannya?

Kelab kerdil mempunyai sumber yang amat terhad dari segi pemain dan kewangan. Lebih teruk lagi Leeds yang menanggung hutang yang begitu besar dan diambil alih oleh pihak penerima (Receiver) kerana telah hampir digulungkan. Dahla tak boleh nak beli pemain, pemain bintang yang ada pun terpaksa dijual dengan harga yang ditentukan oleh pihak penerima. Aku terpaksa berpuas hati dengan pemain simpanan, pemain remaja dan pemain yang belum mempunyai kelab yang sudi untuk bermain dengan Leeds. Moral pemain amat rendah hingga kalah mudah dengan kelab yang lebih kecil.

Aku terpaksa mengaturkan seberapa banyak perlawanan persahabatan bagi mengisi tabung kelab untuk membayar gaji pemain dan kos lain. Terlalu banyak perlawanan boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain dan bayangkan aku pernah terpaksa bergantung kepada beberapa pemain semi pro dalam perlawanan liga. Ekspektasi selalunya tinggi kerana Leeds mempunyai penyokong yang besar dan mereka mengharapkan aku dapat membawa kelab kembali ke kancah Liga Perdana yang lebih berprestij dan menguntungkan.

Satu lagi fungsi gameplay FM yang aku tertarik adalah bila menguruskan satu-satu kelab kerdil, kelab diberikan peluang untuk mendapatkan kelab penaung yang lebih besar. Waktu aku menguruskan Brentford, Carlisle dan Bristol City, aku memohon agar ahli lembaga pengarah mengadakan rundingan dengan kelab-kelab Liga Perdana untuk dijadikan penaung. Aku berjaya mendapatkan Arsenal untuk Brentford, Aston Villa untuk Carlisle dan Chelsea untuk Bristol City. Dengan ini aku dapat faedah dari pemain kelab penaung yang dipinjamkan dan pemain mereka walaupun berstatus pemain remaja adalah terdiri dari bintang dan bakal bintang Liga Inggeris. Aku juga boleh menawarkan pemain simpanan dan remaja kelab aku kepada kelab bawahan yang aku jadikan feeder club bagi memberikan pendedahan kepada mereka.

Menarik?

Ni ha linknya, Football Manager Official Website . Boleh tengok tips yang amat berguna. Boleh juga beli secara online. Aku tak ambik komisyen sesen pun.

Sebelum install permainan ke PC, perlu pastikan sekurang-kurangnya sistem Pentium 4, 128mb VGA card, 512mb RAM dan diskspace aku tak pasti pulak. Lebih besar database pemain, lebih besar ruang cakera diperlukan. 

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s