England Tak Layak!

Aku tak dapat nak menahan mengantuk untuk melihat perlawanan penentuan nasib England dalam pentas Euro 2008. Masalah kesihatan sedikit sebanyak turut menyumbang ke arah niat ‘tidur lagi bagus’. Berita kekalahan England hanya aku ketahui dari penyampai berita di radio. Hanya jumlah jaringan saja yang aku ketahui tanpa mengetahui siapakah penjaring gol-gol tersebut.

England 2 – 3 Croatia

Separuh masa pertama menyaksikan England ketinggalan 0-2 kepada Croatia yang tampak lebih kemas permainannya. Baru semalam aku meletakkan jumlah jaringan jika England ditakdirkan kalah kepada Croatia. Aku tak menjangkakan perlawanan tersebut akan berakhir dengan seri. Seri bukan permainan Croatia.

Steve McClaren hanya menggunakan Crouch berseorangan di hadapan dibantu oleh Joe Cole di bahagian kiri dan Wright-Phillips di sebelah kiri. Manakala Lampard, Barry dan Gerrard bertindak di bahagian tengah. Bahagian pertahanan dibarisi oleh Sol Campbell dan Lescott di bahagian tengah dibantu oleh Wayne Bridge di sebelah kiri dan Micah Richards di sebelah kanan.

England nampak goyah di kesemua bahagian. Tekanan amat dirasai oleh barisan pemain sehingga gagal melakukan tugas masing-masing. Joe Cole digalaskan tugas membantu Crouch di bahagian serangan manakala Wright-Phillips diharapkan dapat membuat larian-larian pantas dan mengelirukan di sebelah kanan untuk membuat hantaran lintang kepada Crouch. Kedua-duanya seakan mampu menggalas tugasan tersebut tetapi gagal dan Crouch lebih banyak menghabiskan masa berseorangan di bahagian atas.

Barisan tengah lebih menghampakan. Gerrard dan Lampard gagal membuat lebih banyak hantaran tepat yang dapat memecahkan benteng pertahanan. Manakala Barry dilihat lebih ditugaskan untuk mengawal penguasaan bola di bahagian tengah. Aku lebih mengharapkan Barry dapat ditugaskan untuk membuat thru-pass. Tetapi McClaren hanya melihat Barry lebih sesuai untuk tugasan ball possession (yang jelas gagal) berbanding Hargreaves (tidak diturunkan langsung).

Gerrard seakan kehilangan punca dan gagal memberikan inspirasi kepada kawan sepasukan seperti yang selalu beliau lakukan. Kena mandrem kot? Manakala Lampard walaupun gagal dalam tugasannya membuat hantaran memecah benteng pertahanan Croatia, dapat juga dia memberanikan diri mengambil sepakan penalti dalam keadaan menghadapi tekanan yang tinggi.

Barry ditukarkan dengan Jermain Defoe di separuh masa kedua yang berjaya memenangi sepakan penalti. Defoe dilihat lebih memberikan Crouch sokongan di bahagian serangan dengan larian-larian membuka ruang. Dilihat dari segi fizikal, aku rasa Crouch lebih mudah dikawal daripada Defoe.

David Beckham hanya dimasukkan pada separuh masa yang kedua menggantikan Wright-Phillips yang kurang berkesan. Kehadiran Beckham dilihat telah memberikan inspirasi kepada rakan sepasukan dan beliau juga berjaya membuat hantaran trade-marknya kepada Crouch untuk jaringan kedua England dan sekaligus menyamakan kedudukan. Adalah amat mengecewakan bila Beckham hanya diturunkan pada separuh masa kedua.

Aku bukanlah peminat Beckham dan bukan juga peminat England. Tapi EPL dah macam pisang goreng bagi aku. Seminggu mesti mau makan satu kali. Lagipun EPL je yang ada pengulas sukan yang menghiburkan berbanding La Liga, Serie A, Bundesliga dan lain-lain.

Paul Robinson tidak diturunkan. Sebaliknya Mclaren tunduk kepada tekanan dengan memberikan Scott Carson yang lebih mentah untuk menjaga gawang. England sememangnya ketandusan penjaga gawang yang berwibawa. Sepatutnya Mclaren memberikan tugasan menjaga gawang untuk perlawanan seperti ini kepada Robinson jika tidak David James yang pada aku lebih mantap permainannya. England sememangnya ketandusan penjaga gawang yang berwibawa sejak zaman Peter Shilton.

Kekurangan pengalaman diperingkat antarabangsa menjadikan Scott Carson seperti budak sekolah. Tapi kesalahan juga harus diletakkan kepada barisan pertahanan England yang amat goyah terutamanya di bahagian kiri bila Wayne Bridge gagal untuk membuat perangkap offside kepada Ivica Olic yang menjaringkan gol kedua di separuh masa pertama.

Kegoyahan benteng pertahanan England terus dihukum dengan gol kemenangan Croatia bila permainan berbaki 13 minit dan dilihat seakan keputusan berakhir dengan seri. Satu kesilapan besar. Pasukan Croatia telah membuktikan semasa Piala Dunia 1998 bahawa jangan cuba untuk mempertahankan keputusan seri bila berhadapan dengan mereka. Sebab tu aku langsung tak menjangkakan keputusan akan berakhir dengan seri. Samada England menang 2-1 atau kalah 2-3.

Kredit harus diberikan kepada pemain-pemain Croatia yang lebih bersemangat dan tidak gentar dengan sorakan lebih 40 ribu penyokong England di Wembley. Beberapa pemain Croatia juga adalaah merupakan pemain kelab-kelab besar Eropah. Malah Niko Kranjcar, salah seorang penjaring pada pagi tadi, adalah seorang pemain Portsmouth. Manakala Eduardo Da Silva yang melorongkan bola kepada Olic untuk gol kedua Croatia adalah pemain Arsenal.

Malah sebahagian besar kesebelasan utama pemain di kelab-kelab besar EPL, Arsenal, Man U, Chelsea dan Liverpool adalah dibarisi oleh pemain-pemain luar. Mereka inilah yang mewarnai EPL. EPL akan suram jika mereka tiada. Aku melihat EPL lebih berjaya dari segi komersial daripada pembangunan bola sepak England. EPL sememangnya liga paling berprestij dan paling mencabar. Tetapi manfaatnya dari segi pembangunan bola sepak dan aliran keluar Pound Sterling lebih menguntungkan negara-negara lain.

Liga Italy mungkin lebih bosan, tetapi berjaya menghasilkan pasukan negara yang mantap. Manakala La Liga mungkin agak menghiburkan dari segi skil individu pemain, Tetapi gagal membawa Sepanyol memenangi kejuaran besar di peringkat antarabangsa. 

McClaren, macam yang dah aku jangka dulu, menghadapi kemungkinan dipecat esok atau lusa atau sekembalinya beliau dari bercuti. Dan pemain-pemain England akan menghabiskan musim panas tahun depan dengan menjadi penonton di kejuaraan Euro 2008.

1 Komen

Filed under Berita Bola, Review

One response to “England Tak Layak!

  1. aku pun rasa EPL ni macam pisang goreng bagi aku..kalau tak tengok, macam tak lengkap malam minggu aku rasanya. lagi satu, aku pun tak minat dengan England dan aku rasa seronok gak bila England tak layak…hahahaha.. :))

    ermm, aku rasa kau ni sesuai jugak jadi pengulas sukan…terpesona aku membacanya…

    adakah kau ni hasbullah awang junior..?? hehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s