Layakkah England?

Aku tak tengok perlawanan antara Israel dan Rusia sepenuh masa. Aku tutup set tv aku bila perlawanan masih lagi berbaki 7 minit dan ketika itu keputusan adalah 1-1. Waktu tu aku fikir Israel tak mungkin dapat menjaringkan gol lagi dan memenangi perlawanan tersebut yang didominasi oleh Rusia. Ternyata jangkaan aku salah. Dan keajaiban berlaku di Israel.

Perlawanan antara satu pasukan yang sebelah kaki sudah melangkah ke pusingan kalah mati dan satu pasukan yang kedua-dua kakinya tak melangkah masuk turut dihadiri oleh bilionair Roman Abramovich. Ditonton oleh Steve Mclaren dari bilik hotel tetapi dek kerana tak tahan tekanan, 10 minit terakhir, beliau melepak dalam bilik air. Dan jutaan penonton lain yang mungkin ada yang dah collect duit taruhan masing-masing.

Tapi aku tutup set tv 7 minit terakhir tu bukan sebab aku tak tahan dengan tekanan. Aku tutup sebab aku mengantuk. Lagipun takkanla Israel yang asyik kejar bola je dari sepak mula dapat mengalahkan Rusia. Aku pun dah jangka, Rusia sekadar berpuas hati dengan keputusan seri sambil memasang angan-angan membelasah Andorra dan melihat England terkial-kial menjaringkan gol menentang Croatia. Tapi sebaliknya pulak yang berlaku.

Akhbar di England rata-rata menyifatkan satu keajaiban telah berlaku di tanah suci Yahudi dan Kristian itu. Malah ada usahawan London sanggup menghadiahkan sebuah Mercedes Benz kepada penjaring gol kedua Israel. Aku tak tau pulak Abramovich menyokong pasukan mana malam tu. Beliau adalah Yahudi yang memiliki kelab bola sepak yang diuruskan oleh seorang Yahudi dan dibarisi oleh sekurang-kurangnya 2 pemain Yahudi Tal Ben Haim (yang bermain pada malam itu) dan Ben Sahar, seorang pemain simpanan kelab Chelsea. Adakah dia menyokong pasukan Mother Rusia?

Pasukan Israel sememangnya tidak banyak menyerang. Malah amat jarang menguasai bola untuk tempoh yang lama. Sebaliknya pasukan Rusia yang nampak garang lebih banyak mensiakan peluang. Rembatan tersasar, melambung dan langsung tidak menguji penjaga gol Israel. Adalah lebih baik mempunyai 2 peluang saja tapi memanfaatkan 1 darinya daripada mempunyai 10 peluang tapi tidak dimanfaatkan langsung.

Israel mungkin hanya membuat 3 atau 4 percubaan ke arah pintu gol dalam keseluruhan permainan. Tapi mereka telah memanfaatkan 2 darinya. Rusia dilihat lebih banyak menyerang dan mengatur serangan dan membuat banyak percubaan. Tapi lebih banyak yang tersasar daripada tepat ke arah pintu gol.

Kini tumpuan lebih kepada England. Adakah mereka mampu menumbangkan Croatia walaupun hanya perlu seri. Tekanan lebih dirasakan oleh England berbanding Croatia yang sudah pun layak dan dijangkakan hanya menurunkan pemain simpanan. Namun aku dapat rasakan walaupun hanya pemain simpanan, pemain-pemain ini akan bermain bersungguh-sungguh bagi membuktikan diri mereka layak untuk membarisi kesebelasan utama. Inilah peluang mereka dan pentas Euro adalah platform terbaik untuk memancing minat kelab-kelab besar di sekitar Eropah bagi mendapatkan khidmat mereka.

England kehilangan penyerang utama Rooney dan Owen akibat kecederaan. Crouch hampir pasti diturunkan samada bersendirian ataupun bergandingan dengan Darren Bent yang masih belum diuji lagi gandingan tersebut. Mclaren juga bakal menurunkan Hargreaves untuk menguatkan barisan tengah dan mengharapkan kekentalan barisan pertahanan dapat dijadikan platform untuk mencari gol. Samada Lampard atau Barry akan digunakan untuk kreativiti serangan dan Beckham juga bakal diturunkan bagi menghantar silang kepada Crouch.

Mari kita lihat siapa yang kena…..aku rasa England akan menang 3-1. Ataupun terlalu bodoh untuk kalah 2-3.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s