Keputusan Fantasy Premier League Minggu 13 Part II

Hasil Kemenangan Arsenal ke atas Reading dengan jaringan 3-1 kelmarin, aku cuma berjaya memungut 12 mata dari Fabregas yang aku jadikan kapten pasukan dan 2 mata dari Toure akibat bolos 1 gol. Keseluruhannya 52 mata di bawah average 56 mata dan mata tertinggi 122. Ntah apa jin yang mamat tu pakai aku pun tak taula. Aku tak pakai jin pun.

Aku dah pun buat rombakan besar-besaran bagi menghadapi perlawanan minggu ke 14. Fabregas akan terlepas peluang bermain dalam perlawanan menentang Wigan akibat pergantungan 1 permainan. Aku telah memilih Drogba yang akan menentang Derby County sebagai penyerang bergandingan dengan Benjani yang akan bertemu Birmingham di tempat lawan.

Aku kembali kepada formasi kegemaran aku 4-4-2 dengan harapan mata maksimum dari setiap pemain. Masih lagi menaruh harapan kepada Lampard dan Elano di bahagian tengah dibantu oleh Hleb dan Bentley. Di bahagian pertahanan, aku letakkan Toure, Corluka, Belletti dan Evra. Penjaga gawang tak berubah, Green yang akan menghadapi serangan dari pemain-pemain Spurs di tempat sendiri.

Perlukah aku menaruh harapan kepada pemain-pemain Blackburn dan Aston Villa yang akan bermain 2 kali pada hujung minggu ni? Aku dah ambik Bentley yang konsisten menyumbangkan mata tetapi tiada pemain dari Aston Villa. Mungkin Agbonlahor? Tengoklah dulu camana…

1 Komen

Filed under Berita Bola, Review

One response to “Keputusan Fantasy Premier League Minggu 13 Part II

  1. erm.. rasanya untuk line up defend boleh pakai

    Laursen

    dari aston villa not bad ada chances nak assist.😛

    kalau nak sembang pasal bola sepak malaysia meh la lepak harimaumalaya.com/forum🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s