Keputusan Fantasy League Minggu Ke 13 Part I

Padah lagi buat aku bila Chelsea dan Manc City hanya mencatat keputusan seri, Ronaldo aku gugurkan tapi menjaringkan 2 gol untuk Man U., West Ham menang mudah ke atas Derby 5-0 tapi hanya Upson saja yang menyumbangkan 6 mata buat aku dan Tevez tidak menjaringkan gol ketika Man U menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers.

Perlawanan yang melibatkan Arsenal hanya berlangsung pada hari ini. Aku terpaksa bergantung harapan pada Fabregas dan Toure untuk melakukan keajaiban buat aku. Setakat hari ini hanya 38 mata saja yang mampu aku kutip. Walhal, average adalah sebanyak 42 mata dan paling tinggi adalah 110. Nampaknya aku terpaksa mengubah taktik dan formasi dalam pemilihan pemain untuk perlawanan akan datang.

Aku menggunakan formasi 5-4-1 dengan mengharapkan pemain pertahanan mengutip lebih banyak mata. Aku juga telah tersilap percaturan dalam pemilihan pemain.

Hujung minggu ini akan menyaksikan kelab-kelab besar Man U, Chelsea dan Liverpool akan bertandang ke tempat lawan. Tumpuan harus diberikan kepada Chelsea yang akan menghadapi kelab belasahan Derby County. Manakala Arsenal akan berdepan dengan Wigan di tempat sendiri. Kedua-dua Chelsea dan Arsenal pasti tak akan menghadapi masalah untuk menewaskan lawan masing-masing. Cuma persoalannya adalah, pemain manakah yang harus dipilih oleh aku untuk diletakkan dalam pasukan aku?

Portsmouth tidak akan bermain hujung minggu ini. Oleh itu, aku terpaksa melupakan penjaring konsisten pasukan aku, Benjani. Manakala Manc City akan menerima kunjungan dari Reading di tempat sendiri. Aku akan memberikan perhatian kepada penjaring konsisten Elano dan sumbangan dari Petrov. Blackburn dan Aston Villa akan bermain sebanyak 2 kali minggu hadapan dan pemain-pemain dari kedua-dua kelab itu akan memberikan mata berganda buat Fantasy League. Aku mungkin akan mempertimbangkan untuk memilih pemain-pemain dari 2 kelab ini untuk perlawanan minggu ke 14. Harga pun agak murah berbanding pemain ternama kelab lain.

Apa yang aku perhatikan adalah kesukaran untuk memilih pemain yang konsisten prestasinya untuk kelab. Setakat ini hanya segelintir pemain saja yang betul-betul konsisten iaitu Ronaldo, Tevez, Fabregas, Elano, Benjani, Robbie Keane dan beberapa pemain pertahanan yang lain. Mereka adalah pemain yang menyumbangkan banyak mata di setiap minggu.

Aku akan tunggu keputusan pertemuan Arsenal dengan Reading malam ni dan laporannya esok.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s