Keputusan UEFA Champion’s Fantasy League Part II

Mari kita tengok siapa yang kena!!!!

Akuuuu!!!!! Huhuhuhu…..

Lagi sekali aku tertipu oleh taktik manager kelab yang lebih mementingkan kecergasan pemain dari perlawanan yang menghiburkan. Arsene Wenger bertindak bijak bila tidak membawa Fabregas, Sagna dan Rosicky bersama-sama pasukan ke perlawanan menentang Slavia Prague. Hasilnya Fabregas dan Sagna tidak menyumbangkan sebarang mata kepada aku. Arsenal hanya menurunkan pemain pelapis bagi memberikan rehat kepada pemain-pemain utama untuk menghadapi perlawanan hujung minggu. Pemain-pemain seperti Diarra, Song, Denilson dan Bentdner diberikan peluang untuk beraksi. Malah Abu Diaby pun dimasukkan pada pertengahan separuh masa kedua.

Lain pulak halnya dengan Man U yang walaupun merehatkan Brown, Ferdinand dan Giggs, tetapi tetap menurunkan Ronaldo, Rooney, Vidic dan Teves. Hasilnya hanya Ronaldo yang menyumbangkan 9 mata kepada aku. Menang 4-0 ke atas Dynamo Kiev dan hanya 9 mata buat aku dari Ronaldo.

Manakala Abidal dari Barcelona menyumbangkan 6 mata hasil kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Rangers. Tiago si penjaga gawang dari Sporting Lisbon diturunkan sepenuh masa menentang Roma tetapi tidak beraksi cemerlang (memang tak cemerlang pun mamat ni) apabila melepaskan 2 gol untuk keputusan seri 2-2. 1 mata saja untuk aku.

Keseluruhannya, aku hanya berjaya mengumpulkan 34 mata untuk minggu ke 4 ni. Sedih betul. Mata paling banyak dikumpul, 110 (wow!) dan average adalah 50. Aku below average lantaran kurang membuat research ke atas pemain-pemain dari kelab kurang dikenali.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s