Dunia Bola Sepak Aku: Part VI

Walaupun pemain bola sepak luar negara lebih mencuri perhatian aku, pemain-pemain tempatan pun tak kurang yang aku kagumi. Aku tak sempat nak melihat kehebatan Allahyarham Mokhtar Dahari. Waktu dia di kemuncak kehebatannya, aku masih lagi budak hingusan. Jadi aku tak boleh nak bagi komen walaupun banyak yang aku baca dan dengar mengenai skil, teknik dan corak permainan beliau.

Pun begitu, aku terbayang-bayang dengan kehebatan Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hassan, mendiang Arumugam, Rashid Hassan, Khalid Shahdan dan ramai lagi.

Skuad Johor pernah memenangi Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor dengan jaringan 3-1. Aku masih ingat lagi walaupun masih di bangku sekolah rendah sebab malam tu jugak Sultan Johor mengumumkan cuti umum untuk negeri Johor keesokan harinya. Kalau tak salah ingatan aku, skuad Johor di barisi oleh pemain tengah Nassir Yusof pada ketika itu yang dia orang gelar ‘professor’. Gelaran ‘professor’ ni bukan diberikan sekadar gelaran. Sememangnya Nassir Yussof (gambar 4 dari kanan belakang) seorang pemain perancang tengah yang begitu hebat, bijak membuat hantaran memecah

 benteng pertahanan, bijak membaca permainan dan bijak mencaturkan corak serangan walaupun fizikal agak kecil.

Ramai berkata bahawa pasukan Malaysia pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari begitu digeruni oleh pasukan bola sepak di Asia. Pernah mengikat pasukan England B dengan keputusan seri dan pernah layak 2 kali ke sukan Olimpik. Kalau setakat Korea Selatan tu dulu, main dengan sebelah mata pun boleh menang.

Tapi sekarang? Aku berpendapat bukannya pasukan Malaysia tak hebat, tapi pasukan lain di rantau Asia ni lebih hebat lagi dari pasukan Malaysia. Pasukan mereka sentiasa meningkat dari segi prestasi, corak permainan sepasukan dan stamina. Bayangkan pasukan Myanmar yang huru hara dengan pergolakan politik dalaman dan kemiskinan pun dan rata-rata pemainnya adalah pekerja kilang pun boleh mendatangkan masalah buat pasukan Malaysia.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada arena bola sepak tempatan? Apa yang sebenarnya diperlukan oleh arena bola sepak tempatan untuk kembali gah di peringkat antarabangsa? Nak kata gaji, pemain dulu-dulu lagi le tak bergaji main bola sepak. Cuma harapkan elaun je. Gaji pulak dibayar oleh majikan masing-masing yang rata-ratanya Majlis Perbandaran, jabatan-jabatan kerajaan (LLN, Telekom, Jabatan Air, tanah, udara, Polis, Tentera, Bomba) dan lain-lain lagi. Tiada syarikat swasta yang menaja membayar gaji pemain.

Semakin dijadikan pro, semakin teruk pulak prestasinya. Tetiap hari main bola pun susah nak menang bila lawan Myanmar. Sepatutnya, bila dah tetiap hari berlatih, semakin baik skil dan corak permainan. Tapi sebaliknya yang berlaku. Hantaran tak tepat, tiada visi, tampanan kurang kemas, first ball out, stamina pun kurang.

Bila kalah, ada saja alasannya. Gagal memanfaatkan peluang, tiada konsentrasi, pertahanan goyah, gagal mengekalkan rentak permainan, pertahanan alpa dan lain-lain lagi (kalau disenaraikan, aku boleh buat tesis). Yang peliknya alasan yang sama digunakan bila tiap kali kalah untuk bertahun-tahun lamanya. Takde inisiatif untuk perbaiki kelemahan ke?

Cakap pun tak guna sebab aku bukanlah individu yang layak untuk bercakap dalam hal sebegini. Tapi aku layak untuk mengkritik sebab aku adalah peminat bola sepak walaupun aku tau takde siapa yang akan ambil kisah kritikan aku. Macam cakap dengan batu. Siapa batu? Aku ke dia orang? Siapa dia orang? Orang ke batu? Hehehehe…

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s