Uefa Champ’s Fantasy League Matchday 4 Part I

AARRRGGHHH…….

Apa ni? Inilah padahnya bila tak buat research. Valencia tewas 0-2 kepada Rosenborg di tempat sendiri. Penjaga gol Canizares yang aku letak sebagai penjaga gol pasukan aku, langsung tak diturunkan lantaran cedera. Jadi aku cepat2 tukar kepada penjaga gol kedua aku Tiago dari Sporting Lisbon. Tapi Tiago adalah penjaga gol kedua Sporting Lisbon dan hanya diturunkan sekali ketika menentang Roma di tempat lawan. Itu pun tewas 1-2. Aku harap Sporting tetap menurunkan dia menentang Roma di tempat sendiri.

Yang aku paling tak puas hati adalah kemenangan Liverpool ke atas Besiktas. 8-0 adalah satu jumlah jaringan yang sangat besar dalam kejuaraan Liga-Liga Juara. Paling besar dalam sejarah. Aku patut ambil kira perlawanan do-or-die Liverpool yang berjuang bermati-matian untuk terus berada dalam pertandingan. Jika tewas, Liverpool sudah pasti tersingkir awal dan Benitez pun mungkin mengalami nasib yang sama. Tapi ntah apa yang Benitez bagitau kat pemain-pemain Liverpool, Crouch menymbat 2 gol, Benayoun paling cemerlang dengan 3 gol dan 2 assist (25 mata!), Gerrrard 1 gol dan 2 lagi oleh Marcus Babel yang hanya bermain 27 minit menggantikan Gerrard. Apa ni? Aku tak puas hati!!!!

AC Milan berjaya menewaskan Shakhtar Donesk di tempat lawan dengan 3-0. Gol-gol oleh Kaka 1 dan 2 gol oleh Inzaghi yang masuk menggantikan Gilardino di minit ke 63. Memang dahsyat la mamat ni. Tapi kedua-duanya tak ada dalam pasukan aku. Yang aku pilih cuma Pirlo (1 assist 7 mata) dan Seedorf yang bermain selama 74 minit (4 mata).

Tiada pemain Real Madrid dalam pasukan aku. Tapi ada 2 pemain Chelsea dalam pasukan aku. Lampard dan Drogba. Chelsea hanya seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan kelab dari German Schalke walaupun sudah mula mengganas di liga tempatan. Drogba hanya membawa 2 mata dan Lampard 4 mata. Avant Gram nampaknya menggunakan taktik bertahan dengan hanya memasukkan Wright Phillips menggantikan Malouda pada minit ke 78 dan Obi Mikel menggantikan Belleti pada minit ke 64. Obi Mikel adalah pemain tengah bertahan bersama-sama Essien dan Makelele. 3 orang pemain tengah bertahan. Sheva langsung tidak diturunkan.

Takpe, ada lagi satu round lagi pagi esok. Diharapkan Barcelona, Man U dan Arsenal akan meneruskan kecemerlangan sebagai gergasi Eropah. Jangan kecewakan aku!!!Huhuhuhu..

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s