Keputusan Fantasy Premier League Minggu Ke 12

Macam biasa aku mengalami dilema dalam pemilihan pemain untuk dijadikan kesebelasan utama. Adakah Chelsea sudah keluar dari kepompong Jose Mourinho? Apakah yang akan berlaku bila Arsenal bertemu dengan ruas Man U? Aku pening kepala. Wajarkah aku bergantung kepada para pemain Arsenal? Atau Man U?

Tapi aku harus fokus kepada pemain mana yang mempunyai prospek lebih cerah untuk menjaringkan gol bagi mengaut mata maksimum. Pertemuan Arsenal dengan Man U bagaikan pertemuan buku dengan ruas. Aku lebih melihat pertemuan ini sebagai pertemuan yang seimbang. Tetapi kelebihan buat Man U yang mempunyai ramai pemain yang lebih berpengalaman selain faktor umur yang muda. Arsenal mempunyai kelebihan dari segi umur yang memberikan mereka impak dari segi kepantasan, tenaga dan keberanian membuat percubaan pelbagai taktik. Pemain muda mereka dilihat diberikan kebebasan oleh Arsene untuk menerapkan taktik mereka sendiri dan tidak dikongkong.

Aku meletakkan Fabregas di bahagian tengah dan menggugurkan Ronaldo yang digantikan oleh Lampard. Fabregas berjaya menumbangkan 9 mata buat pasukan aku. Manakala Ronaldo yang aku gugurkan telah menyumbangkan 8 mata dalam Fantasy League. Lampard yang kulantik sebagai kapten telah berjaya menyumbangkan 16 mata apabila Chelsea ternyata tidak menghadapi masalah bertemu Wigan dengan jaringan 2-0. Tetapi kedua-dua gol Chelsea dibantu oleh larian-larian mengelirukan dan hantaran tepat pemain sayap Sahun Wright-Phillips yang menyumbangkan 14 mata. Hemm…

Keseluruhan mata yang berjaya dikumpulkan tidak termasuk pertemuan Man City dengan Sunderland berjumlah 58 mata. Dua penyerang yang kuharapkan Agbonlahor dari Aston Villa yang menentang Derby County gagal menjaringkan sebarang gol walaupun menang dengan jaringan 2-0. Agbonlahor hanya menyumbangkan 5 mata saja buat aku. Manakala seorang lagi penyerang yang kuharapkan Martins dari Newcastle lebih hampeh kerana ramai yang mengatakan Newcastle tidak akan menghadapi sebarang masalah menentang Portsmouth di tempat sendiri. Akan tetapi Newcastle tewas mengejut fengan jaringan yang agak besar untuk tuan rumah iaitu 1-4. Aku sedikit menyesal kerana menggugurkan Benjani sebagai pemain simpanan.  Martins hanya menyumbangkan 1 mata saja.

Tapi pemain pertahanan yang sememangnya kuletakkan hanya 3 saja dengan formasi 3-5-2 telah berjaya mengumpulkan 22 mata dengan Laursen dari Aston Villa 14 mata, Knight juga dari Aston Villa 6 mata dan Lescott dari Everton hanya 2 mata.

Aku harapkan Elano dan Petrov dari Man City dapat menyumbangkan lebih banyak mata buat aku hari ini. Setakat hari ini jumlah mata terbanyak keseluruhan adalah 94 oleh peserta dari Hong Kong dengan formasi 4-5-1.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s