Dunia Bola Sepak Aku: Part V

Permainan apa? Bola sepak!

Permainan apa? Bola sepak!

Permainan apaa? Bola sepaaaak! Ole, ole ole ole…

Kalau tak salah aku, ni lagu jingle masa rancangan TV3 Gila Bola sempena Piala Dunia 1998. Lagu tema Piala Dunia pada ketika tu adalah nyanyian Ricky Martin La Copa De La Vida. Jaringan yang paling aku ingat adalah gol oleh Michael Owen ketika England bertemu Argentina dan Sunday Oliseh ketika Nigeria mengalahkan Spain 3-2.

Jaringan hebat Michael Owen yang pada ketika itu berusia 18 tahun sangat mengagumkan. Larian solo ke dari tengah padang ke bahagian kanan kotak penalti Argentina, menewaskan 3 pemain pertahanan Argentina dan membuat satu sepakan lambung dari sisi menewaskan penjaga gol Argentina Carlos Roa yang agak terkeluar dari posisi. Tapi England tewas penentuan sepakan penalti dan David Beckham dibuang padang kerana menendang Simone. Manakala gol dari Oliseh  adalah rembatan super kencang dari jarak 25-30 ela menewaskan Zubizarreta penjaga gol Sepanyol.

Masa tu aku di dalam tahun kedua pengajian dan tinggal di rumah sewa. Teman serumah aku pada ketika itu adalah Azman, Zulfahami Jay-Jay Okocha, Marwan, Fizwan dan seorang pelajar senior jurusan Pendidikan Islam yang aku panggil Alfonso (aku pun dah lupa apa nama betul dia). Kecuali Alfonso, semua teman serumah meminati bola sepak. Aku dan Azman lebih hardcore lagi bila sanggup membeli video tape kosong untuk merakam pertemuan-pertemuan yang dijangka hebat dan tak membosankan. Pada masa tu, vcd player agak mahal, malah tiada vcd recorder (sekarang pun takde, burner adale) dvd jauh sekali.

Aku masih lagi menyimpan koleksi pita-pita rakaman beberapa perlawanan yang menarik antaranya Nigeria dan Spain (kalau mak aku tak buangle). Kami akan bergilir-gilir berjaga hingga ke pagi (walaupun takde istilah tidur awal masa zaman student) dan merakamkan perlawanan-perlawanan pilihan sambil bermain permainan CM editor’s version dan Fifa ’98.

Sebut pasal CM editor’s version ni aku teringat masa aku bermain pc game ni disertai dengan pengaruh komik Hong Kong Pendekar Laut (Tiger Shark). Dah nama pun Editor’s Version, aku telah mencipta beberapa pemain yang memiliki skil super hebat dan diberi nama sempena watak-watak dalam Pendekar Laut antaranya Baichung, Xonan, Xinan, Orga (Orca), Bluedream dan lain-lain lagi. Aku memilih untuk mengendalikan pasukan Real Madrid.

Rupanya CM Editor’s Edition pun boleh evolve. Beberapa pemain tercipta kesan dari pemain-pemain super hebat yang aku cipta dengan skil yang agak hebat jugak. Tapi kebanyakkannya adalah pemain semi pro yang tidak boleh dibeli atau dijual dan walaupun skil yang dimiliki nampak hebat di atas kertas, ianya hampeh bila diletakkan sebagai kesebelasan utama.

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan komen