Monthly Archives: November 2007

Keputusan UEFA Fantasy League Matchday-5 Part II

Chelsea menewaskan Rosenborg dengan jaringan 4-0. 2 darinya dijaringkan oleh Didier Drogba dan sekaligus menyumbangkan 10 mata kepada aku. Lampard hanya menyumbangkan 4 mata kepada aku dan agak kurang menyerlah permainan beliau pagi tadi. Sekadar seorang pemain tengah yang ditugaskan untuk mengedarkan (distribute)bola kepada semua pemain lain.

Penjaga gol Canizarez menymbangkan 6 mata kerana tidak bolos ketika Valencia hanya seri 0-0 dengan Schalke. Begitu juga dengan rakan sekelab pemain pertahanan Miguel yang menyumbangkan 7 mata kepada aku. Seedorf dari AC Milan hanya menuyumbangkan 2 mata ketika seri 1-1 dengan Benfica. Manakala rakan sekelab Pirlo yang kujadikan kapten di saat akhir menyumbangkan 14 mata hasil jaringan gol tunggal Ac Milan.

Keseluruhannya aku mengumpulkan 54 mata dimana average adalah 40 dan tertinggi adalah 99.

Ac Milan, Man U, Barcelona, Roma, Sevilla, Chelsea, Arsenal dan Inter Milan telah layak ke pusingan kalah mati. Saingan masih terbuka di kumpulan A dan C untuk 2 tempat. Liverpool yang beraksi cemerlang menewaskan Porto dengan jaringan 4-1 masih perlu menewaskan lawannya selepas ini, Marseille yang turut merebut tempat di samping Porto dalam kumpulan A. Porto dijangka tidak akan mempunyai masalah berdepan dengan Besiktas dan seterusnya layak. Akan tetapi Besiktas juga masih berpeluang andainya berjaya menewaskan Porto untuk mengutip 9 mata.

Pilihan pemain untuk Matchday-6 akan lebih menjurus kepada pemain dari kelab yang masih belum layak. Kelab-kelab yang sudah layak sudah hampir pasti merehatkan pemain utama mereka bagi menghadapi saingan liga tempatan. Tumpuan harus diberikan kepada pemain dari Liverpool, Porto, Real Madrid, Olympiacos, dan Rosenborg bergantung kepada setakat mana lawan mereka yang sudah layak kecuali Liverpool dan Real Madrid memberikan peluang untuk mereka mengutip 3 mata penuh.

Advertisements

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Keputusan UEFA Fantasy League Match Day-5 Part I

Aku tak membuat sebarang perubahan dengan kesebelasan utama aku sejak matchday-4. Aku masih menaruh harapan Drogba yang akan bersama-sama Chelsea menghadiahkan gol yang berdedai-dedai buat Chelsea dan sekaligus mata yang berkepuk-kepuk kepada aku. Arsenal tewas 1-3 kepada Sevilla. Arsene Wenger hanya menurunkan barisan kedua dan lebih banyak merehatkan barisan utama the Gunners. Sagna dan Fabregas masing-masing hanya menyumbangkan 1 mata kepada aku. Manakala Brown telah tidak diturunkan.

Cristiano Ronaldo yang menjaringkan gol ketika Man U menewaskan Sporting Lisbon, kelab lamanya, menyumbangkan 9 mata kepada aku. Manakala Abidal dari Barcelona yang seri 2-2 dengan Lyon hanay menyumbangkan 1 mata.

Keseluruhannya, hanya 13 mata yang berjaya aku kumpul setakat hari ni. Laporan sepenuhnya akan menyusul esok.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Dunia Bola Sepak Aku : Part X

Aku terlewat sampai ke padang kerana masalah yang sepatutnya dapat aku elakkan tapi aku telah memilih untuk tidak mengelak. Akibatnya aku dimasukkan di separuh masa kedua sebagai pertahanan kiri. Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Johor Bar dan Singapura Professional telah pun berlangsung ketika aku sampai.

Ketika aku sampai ke padang, perlawanan telah dimulakan dan kami telah pun mendahului dengan satu gol. Satu permulaan yang baik. Aku tidak bercadang untuk terus menonton aksi-aksi pertemuan hangat tersebut kerana aku perlu melakukan regangan dan pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan. Ketika aku dan beberapa rakan pemain yang turut melakukan pemanasan badan di luar padang sibuk melakukan aktiviti menimbang bola, pasukan lawan berjaya menjaringkan satu gol.

 

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Keputusan Fantasy Premier League Minggu 14

Mata keseluruhan yang berjaya dikumpul minggu ni hanya 41 tak termasuk perlawanan yang melibatkan Blackburn Rovers dan Aston Villa pada 28/11/2007 nanti. Average hanyalah 38 dan paling tinggi adalah 100.

Kali ni aku menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakkan Drogba dan Benjani di hadapan. Drogba telah tidak diturunkan ketika Chelsea hanya menang 2-0 ke atas Derby County. Manakala Benjani hanya menyumbangkan 4 mata ketika Portsmouth menewaskan Birmingham City 2-0. Tiada gol dari Benjani. Hanya satu ‘assist’. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Dunia Bola Sepak Aku – Edisi Khas Mokhtar Dahari: Part I

Aku dapat data ni dari sebuah laman web http://www.rsssf.com/tablese/eng-b-intres-det.html waktu aku mengumpulkan data mengenai Allahyarham SuperMokh. Aku tidak berpeluang untuk melihat Allahyarham SuperMokh beraksi dalam skuad kebangsaan samada di pentas perlawanan persahabatan, Olimpik atau Asia. Tapi aku banyak membaca mengenai kehebatan beliau sebagai salah seorang penyerang yang digeruni diperingkat Asia.

Aku ada terbaca bahawa pasukan Kebangsaan pernah seri dengan pasukan England B dengan gol tunggal bagi pasukan kebangsaan dijaringkan oleh Allahyarham. Jadi aku pun tertanya-tanya, siapakah pemain yang beraksi dalam skuad B England tersebut? Inilah dia senarainya. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Lain-lain, My story

Dunia Bola Sepak Aku: Part VIII

Hari ni pasukan aku akan menghadapi satu perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa dengan pasukan profesional Singapura. Bukan pemain bola sepak profesional, tapi pemain-pemainnya terdiri dari para pengamal undang-undang Republik tersebut. Lawyer.

Walaupun perlawanan persahabatan ni tak termasuk dalam jadual perlawanan persahabatan antarabangsa FIFA, aku tetap katakan ia satu perlawanan persahabatan antarabangsa kerana melibatkan dua negara iaitu Johor Bahru (bukannya Malaysia) dan Singapura. Para pemain pasukan aku rata-ratanya tinggal di Johor Bahru walaupun ada di antaranya berasal dari Kelantan, Perak, Sabah dan Selangor. Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under My story

Dunia Bola Sepak Aku: Part VII

Aku baru tau yang Football Manager 2008 dah dilancarkan dan sudah berada di pasaran. Takde pulak aku nampak kat kedai. Mungkin belum sampai lagi kot.

Aku dah agak lama meninggalkan Championship Manager (CM). Sejak diperkenalkan dengan Football Manager (FM) oleh seorang rakan, aku terus ketagih, sama macam waktu mula-mula menceburkan diri bermain CM02. Dari pagi sampai ke petang sampai ke malam sampai ke pagi balik sampai jahanam PC aku yang waktu tu hanya menggunakan teknologi AMD-K6 586 dengan hanya 16MB RAM.

Teruskan membaca

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, My story