Keputusan Fantasy Premier League Minggu 11

Aku tersilap percaturan lagi.

Manchester City gagal menyaingi kehebatan Chelsea dengan kekalahan besar 6-0. Ternyata Chelsea yang dibarisi pemain bintang dengan mudah menundukkan anak buah Sven yang rata-rata tidak efektif di semua posisi. Aku yang menyandarkan harapan ke atas Elano selaku kapten dan Petrov hanya dapat mengumpulkan 6 mata. Sebaliknya Didier Drogba yang aku tak jadi ambil telah menyumbangkan 2 gol yang sekaligus menyumbangkan 13 mata buat Fantasy Team. Begitu jua Lampard yang membuat 3 assists telah menyumbangkan 14 mata di dalam Fantasy League.

Fabregas lebih cemerlang di dalam pasukan aku dengan 9 mata. Manakala pengganti Butt, Arteta dari Everto menumbangkan 10 mata. Kalaulah salah seorang dijadikan kapten pasukan aku, sudah pasti mata berganda berjaya aku kumpul.

Dalam pertemuan lain, walaupun Man U berjaya menundukkan Middlesborough 4-1, Ronaldo yang aku letakkan harapan hanya menyumbangkan 2 mata. Begitu juga Van de Sar yang bolos 1 gol. Sebaliknya Rooney dan Teves meneruskan kecermelangan dengan jaringan gol dan menyumbang mata yang banyak di dalam Fantasy League. Aku mungkin akan mempertimbangkan untuk menukar barisan penyerang aku untuk minggu 12.

Tapi percaturan aku meletakkan Keane dari Spurs menyumbangkan 6 mata untuk aku. Manakala Benjani hanya 2 mata lantaran keputusan seri Portsmouth dengan West Ham. Hasil keputusan seri tersebut juga memberikan aku 14 mata dari 2 pemain pertahanan Portsmouth Distin dan Hreidarsson. Manakala Joleon Lescott yang aku letakkan dalam formasi pasukan aku 3-5-2 menyumbangkan 6 mata.

Keseluruhannya 57 mata untuk aku. Paling banyak mata yang berjaya dikumpulkan adalah 105 oleh seorang peserta yang sekarang ni menduduki tangga no 1 dari keseluruhan 1 juta lebih peserta. Fuuiyoo..

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s