Dunia Bola Sepak Aku Part IV

 

Semalam berlangsung satu perlawanan persahabatan pertama selepas cuti hari raya. Rata-rata pemain masih lagi dibayangi oleh rendang, ketupat, lemang, kuih bahulu dan dodol. Aku sampai agak awal di padang. Selepas membuat stretching lebih kurang, aku mula membuat beberapa rembatan ke arah pintu gol kosong dari luar kotak penalti. Ternyata hampeh. Satu pun tak masuk.

Permainan dimulakan bila kesemua pemain dikedua-dua belah pihak telah cukup kesebelasan utama. Aku diletakkan di bahagian sayap kanan. Satu posisi yang kurang aku gemari tapi memberikan kelebihan buat aku untuk membuat hantaran lintang ke pemain penyerang memandangkan aku pengguna kaki kanan. Permainan bermula sangat perlahan kerana para pemain sedang cuba menyesuaikan diri dengan bola setelah seminggu menyesuaikan diri dengan ketupat.

 

Larian-larian super perlahan aku gagal membuahkan sebarang hasil kerana setelah aku penat berlari membawa bola sampai ke hujung, tiada rakan sepasukan di dalam kotak penalti. Rupanya mereka masih lagi di dalam gear 2 baru nak masuk gear 3 dan seterusnya. Hantaran lintang aku ke tengah juga tidak bersambut. Akhirnya aku memperlahankan rentak permainan aku yang sudah sedia perlahan. Tiada larian lagi. Hanya berjalan-jalan cari makan.

Situasi yang sama melanda bahagian pertahanan. Akibatnya, di separuh masa pertama kami bolos 3 gol.

   

Cubaan terbaik aku adalah ketika hampir ke penghujung separuh masa pertama. Ketika itu bola sedang berada di kaki rakan di bahagian serangan dan beliau sedang berseorangan dikelilingi oleh 4-5 orang pemain lawan. Tiada rakan sepasukan lain yang cuba memberikan bantuan.

Melihatkan situasi tersebut aku yang berada di sebelah kanan di bahagian tengah membuat larian ke ruang kosong di belakang pemain pertahanan tengah sambil meminta bola. Bola dilorongkan tepat ke kaki aku dan dengan tenang aku kawal dengan kaki kanan. Aku sudah berada di dalam kotak penalti dan tiada pemain pertahanan lawan  yang cuba memintas atau mengawal aku. Sepantas kilat aku memandang ke arah pintu gol. Aku dapat melihat sekilas kedudukan penjaga gol dan air mukanya yang panik.

Aku menghayun kaki kanan, zzzzaaaaaasssssss………….kecepeh…bola bergolek keluar di sebelah kiri pintu gol. Tak masuk. Hampeh betul. Rakan sepasukan bersorak mengutuk aku. Aku cuma sengeh je.

Tapi aku dapat bayangkan kalau aku bermain di depan penyokong penuh satu stadium di Goodison Park atau di Anfield atau di Nou Camp, aku seolah-olah mendengar suara mereka ‘….aaawwww…!!!’ dan memberikan tepukan gemuruh di atas usaha aku.

Aku terus dikeluarkan dari pasukan di separuh masa kedua.

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s