Keputusan UEFA Champions Fantasy League

Aku berjaya mengumpulkan 78 mata dari perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara yang berlangsung pagi tadi dan semalam.

Seperti yang dijangka, Liverpool gagal menunjukkan taring diperingkat Eropah. Tewas kepada Besiktas dari Turki dengan jaringan 2-1. Pada pendapat aku, polisi Rafa Benitez yang selalu tukar-tukar pemain untuk setiap perlawanan memberikan kesan negatif pada keserasian antara pemain. Justeru (justeru?), para pemain menghadapi masalah untuk membaca rentak permainan rakan sepasukan.

Steven Gerrard (left) and Andriy Voronin, pictured at the end of last night's match in Istanbul

Arsenal berjaya membuktikan bahawa pengalaman bukanlah segala-galanya. Corak permainan menyerang yang ditunjukkan barisan muda Arsenal sangat menghiburkan dan penuh dengan kreativiti. Salah seorang pengulas sukan pada pagi semalam menggambarkan corak permainan yang ditonjolkan oleh Arsenal sebagai sangat ‘sexy’. Fabregas berjaya menjaringkan 2 gol, prestasi yang cemerlang untuk seorang pemain tengah. Tak sia-sia aku letakkan dia dalam pasukan aku.FOOTBALL Champions League Arsenal Slavia Prague Fabregas - 0

Arsene Wenger masih lagi menaruh harapan kepada Adebayor walaupun hampeh pada perlawanan menentang Bolton. Tapi aku tengok, tugas Adebayor pada pagi semalam lebih kepada pembukaan ruang untuk pemain-pemain lain. Dia bertindak sebagai ‘marker’ yang mengumpan pemain pertahanan Besiktas untuk keluar dari kawasan pertahanan. Mungkin Arsene Wenger menukar taktik selepas aku kutuk mamat tu kow-kow aritu. Hasilnya? Walcott-2 gol, Fabregas-2 gol, Hleb-1 gol. Bendtner, si budak hingusan pun berjaya menjaringkan satu gol dan 1 lagi hasil jaringan sendiri pemain Slavia yang begitu tertekan dan marah yang amat dengan rakan-rakan sepasukan.

Aku ambik petikan dari Matthew Spiro, dari website uefa.com

Obvious superiority
The emphatic win – which matched Juventus’s mark against Olympiacos CFP in December 2003 – was the English club’s 12th consecutive success in all competitions, taking them to the brink of the first knockout round with nine points from three Group H games. From the moment Cesc Fabregas broke the deadlock in the fifth minute, the result never seemed in doubt. A David Hubáček own goal and further strikes from Theo Walcott (2), Aleksandr Hleb, Fabregas and Nicklas Bendtner, on his group stage debut, rewarded Arsenal’s obvious superiority.’

Aku tau kawan aku Fariz mesti beraya sakan dengan kemenangan besar Arsenal ke atas kelab kurang ternama dan kerdil Besiktas. Tapi aku harus akui yang corak permainan Arsenal memang lebih menghiburkan berbanding kelab-kelab lain pada ketika ini.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s