Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10 Part 2

Newcastle berjaya menumpaskan Spurs 3-1 tapi Butt tak menyumbangkan banyak mata pada aku. Cuma 4 je. Aku patut ambil kira fakta yang Butt ni adalah seorang pemain tengah bertahan (defensive midfielder) yang amat jarang menjaringkan gol kecuali melalui set piece atau kelam kabut depan pintu gol.

Tapi gol yang dia jaringkan menentang Everton bukan dari 2 keadaan ni. Sebab tu la aku sanggup ambil risiko meletakkan Butt sebagai pemain tengah team aku dengan menggugurkan satu pemain pertahanan. Aku tak patut ambil risiko macam tu lagi. Aku patut terus stick dengan master gameplan yang aku dah rancang. Pilihlah pemain yang secara konsisten menjaringkan gol untuk kelab masing-masing.

Walau apa pun, rombakan yang aku rancangkan hanya akan aku buat pada hari Sabtu minggu ini bagi memastikan tiada pemain yang tercedera disenaraikan. 

Sekarang ni, aku akan menumpukan perhatian pada perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara yang akan berlangsung pagi esok. Selain EPL, aku pun ada satu team fantasy dalam pertandingan Liga Juara-Juara. Tapi Liga Juara-Juara agak mencabar sikit sebab tak banyak yang aku ketahui pasal pasukan-pasukan kurang ternama seperti Dinamo Kiev, Shasktar Donesk, PSV dll. Satu pasukan hanya dibolehkan untuk memilih maksimum 2 orang pemain dari kelab yang sama.  

So aku pening kepala sebab aku tak tau nak pilih pemain mana selain pemain dari kelab Barcelona, Real Madrid, AC Milan, Arsenal, Man U ,Liverpool dan Chelsea. Setakat ni, pemain dari Chelsea dan Liverpool terpaksa aku lupakan sebab keputusan perlawanan-perlawanan yang lalu tidak memberangsangkan. So, aku ada sumber yang agak terbatas hinggakan aku terpaksa membuat sedikit kaji selidik ke atas kelab-kelab lain. PSV's forwad-Perez. Will he score for his club this week?

Mari kita tengok sapa yang kena esok dan lusa…

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s