Dunia Bola Sepak Aku Part II

Dek kerana begitu meminati Steve Mcmanaman, aku telah membeli sepasang boot dari jenama Umbro yang hampir sama dengan pemain idola aku tu semasa dia bermain untuk Liverpool. Ntah bila aku beli, aku tak ingat. Aku rasa semasa aku 2nd Year kot. Almaklumlah tahun dimana kami menjadi penganjur.

    Nampak tak dia pakai boot Umbro?

Dalam banyak-banyak boot yang aku pernah pakai sampai sekarang, boot Umbro yang aku beli waktu adalah boot bola yang paling best. Aku pernah pakai Adidas Predator dan Nike Tiempo yang harganya jauh lebih mahal dari Umbro. Mungkin bentuk kaki aku lebih sesuai dengan Umbro. Lagi pun aku tak sanggup nak beli boot Adidas atau Nike yang lebih superior kualiti dia pada harga yang super mahal. Aku bukannya pemain pro.

Aku pun tak ingat aku beli kat mana. Tapi boot tulah yang paling lama aku pakai. Sampai koyak, jahit, koyak sekali lagi, jahit lagi dan tampal pulak. Sudahnya dek kerana jahit dan tampal, tampal dan jahit, saiz boot tu jadi mengecil dan kaki aku dah tak boleh muat sampai melecet jadinya. Rupa fizikal dia pun dah tak hensem, herot. Macam setan baru lepas operation. 

Last-last, aku beli boot baru, Adidas Predator yang boleh ditanggalkan studnya. Tapi kerana tak sesuai dengan kaki aku dan corak permainan aku yang lebih mementingkan 100m dash, aku bertukar kepada Nike Tiempo yang lebih murah. Pun tak sesuai. Kaki aku sakit dan melecet pada bahagian ibu jari.

Itulah boot-boot aku sepanjang penglibatan aku dengan bola sepak di kampus.

Bila dah bekerja, aku bertukar kepada boot yang lebih mahal sikit. Nike model pertama yang menggunakan stud pipih memanjang. Walaupun boot yang aku beli tu stok lama dan masa tu Nike dah banyak keluarkan model-model yang lebih baru, tapi aku teringin nak menyepak bola menggunakan boot tu. Aku pernah pakai boot ni waktu final year. Boot pinjam. Harganya waktu tu agak mahal untuk student macam aku dan aku tak nak pengalaman membeli Adidas Predator berulang. Dah le mahal, tak best pulak tu (ke aku yang tak pandai main? Hehehe…).

Boot Nike tu rupa-rupanya memang sedap dipakai. Ringan dan agak sesuai dengan kaki aku. Lembut dan selesa ketika berlari. Tak macam Predator yang agak keras di bahagian jari. Tapi jodoh aku dengan boot Nike tu (aku tak ingat nama penuh dia) tak lama sebab aku tertinggal kat padang lepas satu perlawanan persahabatan.

Lepas tu barulah aku bertukar balik kepada Umbro model X yang ada design X kat lidah dia. Sama macam boot Umbro yang aku mula-mula pakai dulu, Umbro X ni sangat selesa dipakai dan sesuai dengan bentuk kaki aku yang melebar kat bahagian jari. Corak permainan aku sekarang ni pun dah tak macam 10 tahun dulu. Slow sikit (banyak). Aku lebih fokuskan kepada kawalan bola dan sokongan kepada penyerang (hehehe…aku memang suka buat cerita).

Tapi sebenarnya boot yang aku teringin nak pakai tapi tak dapat lagi sampai sekarang adalah Adidas Copa Mundial.

Tinggalkan komen

Filed under My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s