Keputusan Fantasy Premier League Minggu 10

Emmm…

Arsenal kalahkan Bolton 2-0. Gol dijaringkan Rosicky dan Toure. Tak ada gol oleh Adebayor. Aku kena gugurkan mamat ni dari pasukan Fantasy Team aku. Elano dan Benjani mengekalkan prestasi menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Green memastikan pintu gol tak bolos. Tiga pemain sandaran aku di bahagian pertahanan menepati sasaran mengumpulkan 17 mata. Keseluruhannya 59 mata tak termasuk perlawanan Newcastle yang masih belum dikira. Aku letakkan Nicky Butt sebagai pemain tengah.

Bukanlah satu jumlah yang bagus. Christiano Ronaldo cuma bermain untuk 14 minit dan hanya menyumbangkan 1 mata sedangkan Man U tewaskan Aston Villa dengan jumlah jaringan yang besar 4-1. Ralat juga sebab tak ambik Rooney dalam team. Sir Alex nampaknya sedang buat persiapan untuk perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara dan merehatkan Christiano Ronaldo. Perlawanan menentang Aston Villa nampaknya tak begitu diambil berat oleh Sir Alex. Tapi berjaya menjaringkan 4 gol dengan membariskan Anderson dan Pique yang kurang berpengalaman.

Tapi pujian juga harus diberikan kepada Arsene Wenger yang terpaksa mengharapkan kepada Adebayor yang jelas tak begitu fokus dan Eduardo yang gagal memberikan impak kepada pertahanan Bolton. Bolton pulak tumpul dengan ketiadaan Anelka tapi mempamerkan barisan pertahanan yang mantap hinggalah Wenger bertindak memasukkan Walcott dan Rosicky.

2 pemain muda ni nyata memberikan kelebihan kepada Arsenal di bahagian serangan dari segi kepantasan. Larian Walcott gagal disaingi oleh pertahanan Bolton dan hantaran silangnya disudahkan dengan mudah oleh Rosicky yang berada di posisi dan masa yang tepat. Adebayor? Hampeh. Seolah-olah bermain bola dalam keadaan isteri hampir bersalin.

Takpe, minggu ni aku akan buat sedikit rombakan di barisan serangan dan tengah. Aku dah boleh berpuas hati dengan barisan pertahanan dan penjaga gol. Mr. Adebayor, kau nampak itu pintu besar? Get out!!!Get out!!!!

Tinggalkan komen

Filed under Lain-lain, Review

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s