Steve Mclaren Dan Dunia Bolasepak Aku

 

Sebelum menulis post ni, aku baru habis baca Harian Metro hari ni. Berita sukan sudah semestinya tumpuan utama. Dan berita yang menarik perhatian aku adalah nasib pengurus dan jurulatih pasukan England, Steve Mclaren.

Selepas kekalahan kepada pasukan Russia dalam pusingan kelayakan Euro 2008, Steve Mclaren mungkin berdepan dengan kemungkinan menjadi pengurus pasukan England yang ke 6 dipecat dalam tempoh 17 tahun. Biasalah kalau dah jadi pengurus mana-mana pasukan terutamanya pasukan yang berprofil tinggi, tanggungjawab amatlah besar dan tekanan amatlah berat. Bukan setakat pengurus je, pemain pun merasai tekanan yang hampir sama. Tambah-tambah lagi pemain berprofil tinggi.

Aku masih ingat lagi zaman kegemilangan aku bermain bola sepak (kegemilangan menurut kayu ukur peribadi aku sendiri). Bermula dari zaman Matrikulasi hinggalah ke Final Year, kejohanan bola sepak inter fakulti adalah acara yang paling dinanti setiap tahun. Aku masih ingat lagi pada tahun pertama Matrikulasi, diawal penubuhan pasukan Batch ke 11 yang pada ketika itu mengandungi seramai lebih kurang 30 orang pelajar lelaki. Dari 30 orang pelajar lelaki tu bukan kesemuanya pandai bermain bola sepak, malah ada yang kaki bangku. Aku pun bukannya pandai sangat. Skil pun takde. Tapi kami develop sikit-sikit bermula dengan permainan padang kecik setiap petang.

Aku masa tu, boot bola pun takde lagi. Jadinye, aku main bola sepak yang kitaorang panggil main petang-petang tu guna kasut skateboard converse. Waktu tu pun minat untuk bermain bola sepak masih belum lagi bertapak dalam diri aku. Aku lebih berminat bermain hoki dan kriket pada waktu tu kesan dari pengalaman bermain untuk sekolah waktu di tingkatan 4 dan 5.

Bukannya aku tak pernah bermain bola sepak masa di sekolah. Kali pertama bermain bola sepak secara berpasukan, di sekolah rendah semasa pendidikan jasmani. Jersey bola sepak pertama, aku buat sendiri menggunakan T-shirt putih (bapak aku yang tolong buat nombor kat belakang guna dye). Waktu tu pemain idola aku adalah Boniek dari pasukan Poland yang menggunakan jersey nombor 20. Jersey tu dibuat khas untuk satu perlawanan bola sepak persahabatan antara kelas yang juga merangkap sesi pemilihan untuk mewakili sekolah. Sudah pastinya aku tak terpilih.   

Masa zaman sekolah menengah pun aku masih kurang berminat untuk bermain bola sepak memandangkan aku tiada pengalaman bermain bola sepak mewakili sekolah berbanding budak-budak lain. Kalau ada pun, bermain setakat mengeluarkan peluh dan sudah pastinya berkaki ayam. Kali pertama menggunakan boot bola yang dipinjam dari seorang rakan semasa di tingkatan 2 dan kaki aku terseliuh. Sebabnya? Tak biasa (tak pernah) pakai boot sebelum tu, jadinye aku gagal untuk seimbangkan badan semasa berlari dan berhenti dari larian. Buku lali membengkak dan aku terus tak berminat untuk bermain lagi.

Minat untuk bermain bola sepak datang lagi semasa di tingkatan 5 dengan penubuhan sebuah pasukan dari kalangan rakan2 dan kami beri nama The Havocist dalam satu kejohanan tertutup sekolah merangkap sesi pemilihan untuk mewakili sekolah. Pasukan kami yang mulanya kami sangkakan pasukan belasahan, rupanya layak hingga ke quater final dari belasan pasukan lain yang aku tak ingat berapa. Aku bermain sebagai pemain pertahanan tengah walaupun saiz badan aku kecik. Saat-saat yang paling aku ingat adalah ketika aksi tackle yang aku buat terhadap seorang penyerang yang agak top di sekolah (budak tu memang terpilih untuk wakili sekolah) pada ketika dia one by one dengan goal keeper kami. Waktu tu pasukan kami dah ketinggalan satu gol. Aku sangat nervous di awal permainan tapi tetiba bersemangat sebab aku tak suka kami dianggap pasukan belasahan. Tackle yang aku buat tu clean, budak tu jatuh dan aku berjaya block cubaan rembatan ke arah pintu gol.

Satu lagi ketika aku buat satu hantaran jauh (lebih kepada satu clearance) dari kawasan pertahanan aku kepada penyerang pasukan kami yang seterusnya menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan yang sama. Hari tu lepas habis game, ramai kata aku beraksi dengan baik. Di akhir kejohanan, aku terpilih untuk sesi pemilihan seterusnya walaupun aku rasa tak layak. Aku takde skill kawalan bola dan saiz badan aku tak sesuai untuk bermain di posisi pertahanan. Dalam sesi pemilihan peringkat kedua tu aku telah silap pilih posisi sebab aku memang takde pengalaman bermain di posisi lain kecuali pertahanan. Itu pun pengalaman dari kejohanan tu.

Waktu tu, aku pakai kasut apa eh? Ntah aku pun tak ingat. Kasut sekolah kot.

Berbalik kepada cerita Steve Mclaren tadi yang takde kena mengena dengan cerita kegemilangan bola sepak aku, aku rasa semua pengurus pasukan nak pasukan dia menang. Siapa yang nak kalah?

Sebagai jeneral, setiap pengurus pasukan kena bijak mengatur strategi dan taktik disamping cekap mengenalpasti kemampuan setiap pemain untuk dieksploitasikan semaksimum yang boleh. Pasukan yang memiliki 11 pemain terhebat pun hanya ada 50 peratus peluang mengatasi pasukan 11 pemain biasa yang bermain sebagai sebuah pasukan.

Tinggalkan komen

Filed under Berita Bola, My story

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s